Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Tarikh Pembentangan Belanjawan Budget 2013

Assalam 1 Malaysia,

Tarikh Pembentangan Budget 2013 adalah pada hari Jumaat 28 September 2012 ini. Hari Jumaat memang selalu dipilih kerana menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Belanjawan 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Pertama iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Diharapkan kebajikan rakyat masih di ambil berat dalam Pembentangan Budget 2013 ini.
Pembentangan Budget 2013


Baru-baru ini CEUPACS juga telah menyuarakan tentang harga rumah yang terlampau tinggi terutama di bandar-bandar besar. Jika harga rumah terus meningkat, sudah pasti mendatangkan masalah kepada golongan yang berpendapatan rendah. Saya juga mengharapkan beberapa cukai di kurangkan untuk mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga barang sekarang ni.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menantikan Pembentangan Budget 2013 pada hari Jumaat ini
Read more ...

Friday, September 14, 2012

5 Isu Terhangat di Facebook,Blog, Twitter dan Youtube

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya akan senaraikan 5 isu terhangat yang sedang diperbincangkan di facebook, blog, twitter, youtube dan lain-lain media sosial. Berikut adalah senarainya.

1. Info, spesifikasi dan Harga iPhone 5 di Malaysia 

iPhone 5 baru saja dilancarkan kelmarin 13.09.2012. Hari ni ramai yang dok mencari info pasal spesifikasi dan harga iPhone 5 ni. Berikut adalah ciri-ciri atau spesifikasi iPhone 5:

iphone 5
-skrin lebih nipis dengan paparan 4 inci
-berat 112 gram, ringan dari iPhone4
-8 megapixel resolusi 1136 x  640 pixel
-prosesor A6 lebih pantas untuk foto , grafik dan video 
-bateri tahan lebih lama
-ada 3 microfon 
-ada dua warna saja , putih dan hitam 

Mengikut sumber iPhone 5 akan mula dijual pada 21 September ni, tapi di Malaysia belum tau lagi. Harga pun lebih kurang macam Iphone 4s sekarang iaitu RM 2,150-RM2799. Lepas tu harga iPhone 4S akan turun sikit. 

ulasan: sesiapa yang ada duit lebih tu bolehlah beli..

2. Google enggan padam video hina Rasulullah

SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. - Reuters

Ulasan: Melampau sungguh puak-puak zionis ni. 

3. Warisan merdeka kini 600m, ketiga tertinggi di dunia

EKSKLUSIF Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.

"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.

"Sejak itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.

Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.

Menara Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/208777

Ulasan: untuk apa buat bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi ni. 

4. Kementerian Pelajaran : Soalan Percubaan SPM bocor

Shah Alam: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti dihebahkan dalam laman sosial Facebook.

Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata beliau mengarahkan pegawai kementerian menyiasat dakwaan berkenaan, tetapi menasihatkan orang ramai tidak panik kerana peperiksaan percubaan bukan pengukur kejayaan calon serta tidak mempengaruhi prestasi pada peperiksaan sebenar.
“Kita ada kaedah dan tahap keselamatan tinggi termasuk penggunaan bilik kebal yang tidak mudah diceroboh bagi memastikan kertas soalan peperiksaan tidak bocor,” katanya

Ulasan: Isu yang selalu keluar bila nak SPM

5. Pelajar belasah guru disiplin

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.


“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.


sumber:  http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article


Ulasan: Murid sekarang dah tak hormat guru.
Read more ...

Pasangan diraja 'sedih' dakwaan foto dada Kate terdedah


Putera William dan isterinya Catherine, "sedih" dengan dakwaan sebuah majalah Perancis, yang ia akan menyiarkan foto isterinya dalam keadaan dadanya terdedah, kata satu sumber diraja hari ini.

"Insiden itu, jika benar, memutarkan jam 15 tahun ke belakang," kata sumber diraja yang menyertai lawatan pasangan itu ke Malaysia, kepada AFP - merujuk kepada perhatian sengit pihak media terhadap ibu William, mendiang Puteri Diana.

Diana maut dalam satu kemalangan jalan raya ketika mahu mengelak buruan paparazzi di Paris pada 1997.

Mengumumkannya sebagai satu eksklusif dunia, majalah Closer menjemput pembaca, melalui lamanwebnya, memilih edisi baru dan menikmati "foto yang dunia tidak sabar untuk melihat - gambar Duchess of Cambridge dalam keadaan dadanya terdedah, di teres sebuah tempat penginapan".

Pendedahan itu bakal menjadi satu lagi insiden yang akan memalukan keluarga diraja itu selepas sebuah tabloid Britain menyiarkan gambar bogel Harry - adik lelaki William.

"Pasangan diraja itu sedih bila mengetahui mengenai dakwaan adanya foto tersebut," kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa pihak istana sedang menyiasat kesahihan foto itu, sebelum "membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan".

Pasangan diraja Britain itu sedang melancong sepanjang tahun 2012 sebagai sebahagian daripada perayaan pemerintahan 60 tahun nenek William, Ratu Elizabeth II.

Mereka kini dalam lawatan sembilan hari yang bermula di Singapura. Mereka tiba di Malaysia pada hari Khamis, dan akan berlepas hujung minggu ini ke Kepulauan Solomon dan kemudiannya ke Tuvalu.

Tetapi isu foto itu bakal mencemarkan program pelancongan mereka yang bertujuan untuk membantu memperkenalkan pasangan itu di luar negara selepas perkahwinan mereka yang gilang gemilang tahun lepas yang telah ditonton di seluruh dunia.

sumber: AFP
Read more ...

Tuesday, May 01, 2012

Gaji Minimum Swasta RM 900

Kerajaan telah umumkan gaji minimum sektor swasta seperti berikut:

RM900 bagi Semenanjung
RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Komen aku kenapa kerajaan tak bagi sama saja Semenanjung Sabah dan Sarawak.


Gaji minimum ni tak cover untuk pembantu Rumah dan Tukang Kebun. Nanti jangan ada pulak maid yang minta gaji sampai RM900. Baik tak payah ambik pembantu kalau kena bayaq gaji macam tu. Tarikh kuat kuasa pulak ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Namun, kerajaan bagi tempoh sampai setahun untuk syarikat yang bermasalah.

Tak taulah berapa banyak syarikat yang boleh follow perintah ni. Kita tunggu tengok la.... nak baca berita penuh ada disini
Read more ...

Monday, April 16, 2012

Najib Lancar Proton Preve




Salam,

Semalam di TV3 aku tengok Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Proton Preve, kereta global pertama Proton di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di sini.

Nampak macam menarik jer design dia, performance belum tahu lagi. Tapi aku ada search sikit kat internet kira spec dia macam best la sebab ada ABS dan EDB. Antara ciri-ciri keselamatan yang paling menarik adalah ia memiliki 4 AirBag bebanding 2 Airbag sahaja bagi 2 model lain yang dibandingkan.

Harga adalah seperti berikut:

RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual,
RM62,990 bagi standard eksekutif automatik CVT
RM72,990 seunit bagi versi premium.


Read more ...

Monday, January 17, 2011

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

Bermula 1 Feb 2011 pindaan akta pengangkutan Jalan 1987 yang diluluskan pada tahun lepas akan dikuatkuasakan. Terdapat 50 pindaan dan bidang baru yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya hujung Mac nanti. Jom tengok apa faedahnya .

  • Boleh menuntut gantirugi insurans bagi kemalangan yang berlaku di tempat letak kereta. Sebelum ni tak bleh nak buat apa sebab tak diiktiraf sebagai jalan
  • Bagi pesalah trafik, mata merit tidak dikenakan jika saman dibayar dalam tempoh 2 bulan

Nak tahu lebih lanjut cuba tengok Pindaan Akta Pengangkutan Jalan
Read more ...

Friday, January 07, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Baru


Datuk Syed Danial Syed Ahmad
sumber: thestar

Salam semua,

Nak bagitau ni...Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah adalah satu nama yang sangat sinonim bila cerita pasal Hari Raya. Saban tahun kita menunggu-nunggu pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini. Namun, tahun ini akan berubah wajah bila Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bersara pada Jumaat setelah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau merupakan merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan ini. Seingat aku sejak aku kecik lagi memang wajah beliau yang ditunggu-tunggu setiap kali pengumuman tarikh hari raya. Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, telah dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini. Nak tahu lebih lanjut semua ada disini




Read more ...

Tuesday, December 21, 2010

Litrak dan Sprint Bagi Diskaun Tol

Litrak dan Sprint bagi diskaun tol sempena cuti krismas pada hari sabtu mulai jam 12.01mlm. Diskaun adalah seperti berikut:

Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) - 60sen
Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd(sprint) -20sen

*Berikut adalah kadar terkini sebelum diskaun




Toll Rates

SPRINT HIGHWAY TOLL RATES*
Type of Vehicle
Kerinchi Link
Damansara Link
Penchala Link
Private Car - Class 1
RM1.50
RM1.00
RM2.00
Vehicle with 2 axles (6 wheels) - Class 2
RM3.00
RM2.00
RM4.00
Vehicle with 3 axles (6 wheels and more) - Class 3
RM4.50
RM3.00
RM6.00
Taxi (Class 4)
RM0.80
RM0.50
RM1.00
Bus - Class 5
RM0.80
RM0.50
RM1.00
Toll Rates
LDP TOLL RATES
Type of Vehicle
Rate
Private Car - Class 1
RM1.60
Vehicle with 2 axles (6 wheels) - Class 2
RM3.20
Vehicle with 3 axles (6 wheels and more) - Class 3
RM4.80
Taxi (Class 4)
RM0.80
Bus - Class 5
RM0.80
Motocycle
FOC


Diskaun ini untuk semua kelas. Untuk berita penuh boleh rujuk sini
Read more ...

Tuesday, November 23, 2010

Gaji PM Malaysia

Gaji PM Malaysia - RM22,826.65

Gaji TPM - RM18,168.15

Gaji Menteri - RM14,907.20

Gaji Setpol - RM5,709.99

sumber: berita harian
Read more ...

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira Murah Ker?


MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini.

Berikut Harga Proton Inspira
Peninsular Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
East Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Langkawi Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Read more ...

Monday, November 08, 2010

Gaji ADUN Kelantan dalam dinar dan dirham

Foto Syamsi Suhaimi-BHOnline

Gaji ADUN kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham jika diluluskan oleh jabatan perbendaharaan negeri Kelantan. Dinar Kelantan dan dirham baru sahaja dilancarkan pada 12 ogos 2010 yang lalu. Kenapa dinar dan dirham pula ni? jawapannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) karena mentaati Allah dan Rasulullah.

ada lagi jawapan lain?
Read more ...

Dollar AS jatuh apa kita dapat?


Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar AS , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.
Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.
Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.
''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.
''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.
''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?
''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.
''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.
Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.
Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.
''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.
Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.
Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.
Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.
''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.
''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.
Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.
''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.-Utusan Malaysia
Apa pandangan anda?
Read more ...

Friday, October 29, 2010

Gadis Mati Dalam Beg

Satu lagi kejadian yang menyayat hati berlaku. Kali ini gadis ditemui mati dalam beg pula. Sungguh kejam pembunuh gadis ini kerana dilaporkan gadis tersebut mengalami pendarahan dalam perut. Apakah manusia sekarang dah tak tahu menilai nyawa? Tak tahu apa puncanya, tetapi dibunuh dengan sebegitu kejam sekali. Susahlah begitu, dimasukkan pula kedalam beg. Mayatnya dibuang begitu saja macam sampah. Kes bunuh semakin menjadi-jadi sekarang ini. Dah tu pulak cara pembunuhan juga pelbagai bentuk dan cara. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni?
Read more ...

Friday, September 24, 2010

Festival Betitik 2010

Pernah dengar berkenaan festival Betitik ?



Generasi pelapis dari Komuniti Bestari Kampung Ulu Putatan turut
membuat persembahan memalu muzik tradisi suku kaum Bajau
pada pembukaan Festival Betitik Sabah 2009 di Dataran Putatan,
baru-baru ini. (Gambar kanan) Penari dari lembaga kebudayaan
membuat persembahan yang bertenaga pada pembukaan Festival
Betitik Sabah 2009 di Dataran Putatan, baru-baru ini.


Sambutan Festival betitik akan diadakan di Putatan Sabah bermula 23 hingga 26 september 2010 ini bertempat di putatan.

Dalam bahasa Bajau, betitik bermaksud memukul atau mengetuk alat muzik. Persembahannya tidak akan lengkap tanpa disusuli dengan lagu dan tarian yang berbeza mengikut kawasan dan etnik.

Acara betitik masih popular terutama ketika majlis keramaian dan perkahwinan khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk dari kedua-dua etnik itu.

Difahamkan, kejayaan sebenar bagi acara betitik bergantung kepada alat muzik yang digunakan iaitu kulintangan, tawak, bandil dan gendang.

Sebanyak enam pemain diperlukan untuk memainkan alat-alat betitik. Dua pemain untuk mengetuk tawak dan gendang serta masing-masing seorang untuk bandil dan kulintangan.

Pada kebiasaannya, pemain-pemain betitik ini terdiri daripada golongan tua. Begitupun, acara betitik ini sememangnya sangat menghiburkan kerana ia tidak memerlukan alat muzik tambahan.

Lagu-lagunya enak didengar meskipun pendengar mungkin tidak memahaminya kerana dinyanyikan dalam bahasa Bajau dan Sama.
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers