Trik Mencari Backlink Dengan Google
Trik mencari backlink dengan Google, berdasarkan kajian saya, didapati blog yang berada di kedudukan yang teratas selalunya mempunyai backlink yang cukup tinggi. Jadi, tak hairanlah mereka boleh menang dalam cabaran SEO. Jadi, kalau anda nak memang, anda kenalah ada backlink yang tinggi. Cara nak check kekuatan backlink adalah melalui website backlinkwatch.com
Trik mencari backlink berkualiti yang akan saya kongsikan kali ini menggunakan cara yang selalu digunakan oleh para hacker untuk mencari target keyword.
Mencari Backlink Dengan Teknik Google
Selepas kita menekan kata kunci di google, maka akan muncul dokumen pada search engine result page (SERP) dipengaruhi oleh algoritma query. Google ada memberikan tips dalam melakukan pencarian dengan menggunakan beberapa kata dan karakter supaya memudahkan kita mencari dokumen web. Contohnya kata inurl, allinurl, intext, allintext, site dan lain-lain.
Cara penggunaan kata inurl: dalam query google bermaksud kita nak cari kata kunci yang ada pada url. Contohnya, kita ingin mencari url yang mengandungi kata "buat duit dari rumah" maka kita gunakan query inurl:buat duit dari rumah dalam kotak carian google. Kalau nak lebih faham cubalah buat sendiri
Selain daripada inurl kita juga boleh menggunakan kata lain seperti:
- allinurl: sama seperti inurl:
- intext: & allintext: mencari kandungan kata dalam dokumen
- site: mencari domain. Biasanya ditulis seperti site:.com kadangkala ada juga juga .net .co.my atau lain-lain domain
- intitle: Untuk mencari kata pada tajuk dokumen.
Dan masih banyak lagi.
Trik mencari backlink dengan google
Cara menggunakan google untuk backlink berkualiti dan relevan sebenarnya tak la susah sangat. Kita hanya perlu menggunakan dua atau tiga kata tersebut dalam satu query. Saya ambil contoh seperti ini. Anggap saja kita sedang mencari backlink dari blog dengan domain .edu, maka kita perlu tulis begini:
inurl:blog site:.edu
Kita boleh tambahkan kata kunci yang kita inginkan agar hasil yang kita dapat lebih relevan. Contohnya saya sedang mencari backlink untuk keyword "Cabaran SEO Blog 3 dalam 1 Happy New Year 2013" maka saya cuma perlu tulis begini:
intext:"Cabaran SEO Blog 3 dalam 1 Happy New Year 2013" inurl:blog site:.edu
Anda boleh cuba dengan menggabungkan beberapa kaedah google lain seperti, intitle:keyword inurl:forum site:.gov dan yang lainya.
Beberapa query untuk mencari backlink
- .edu blog: Keyword site:.edu inurl:blog "post a comment" -"you must be logged in"
- .gov blog: Keyword site:.gov inurl:blog "post a comment" -"you must be logged in"
- Komen dengan anchor text: Keyword "Allowed HTML tags:"
- Komen blog dofollow: Keyword "Notify me of follow-up comments?" "Submit the word you see below:"
- Squidoo: "add to this list" site:squidoo.com
Sekian saja buat kali ini. Teruskan mencari backlink di google tapi cuba elakkan tindakan spam
Terimakasih kerana sudi membaca hingga habis dan semoga memberi manfaat buat semua






