Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Bagaimana Cara Nak Memenangi Perolehan/Tender Kerajaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai kontraktor di luar yang mengeluh susah sangat nak dapat kontrak tender kerajaan ni. Mungkin ramai dah tahu syarikat Bumiputera akan mudah dapat kerja. Tapi tak tahu kriteria pemilihan. Saya akan kongsikan..

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera
  • Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera
  • Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera
  • Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera
  • Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 %
Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 %
Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 %
Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 %
Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 %

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 %.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 % = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender kerajaan tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya Perolehan Kerajaan


Read more ...

Thursday, December 23, 2010

Perniagaan Internet - Affiliate

Salam semua,

Di internet sekarang ni kita dilimpahi dengan pelbagai program yang dilabelkan sebagai affiliate. Kepada sesiapa yang dah faham affiliate tu apa bolehlah kongsikan pandapat dan pandangan masing. Namun begitu, masih ramai lagi masyarakat kita yang masih samar-samar tentang definisi affiliate itu sendiri. Dalam membuat kajian tentang maksud affiliate ini, saya telah terjumpa satu artikel yang ditulis oleh salah seorang IM yang tidak asing lagi iaitu saudara
Mohd Suhaimy a.k.a shuth .Artikel ini ditulis pada tahun 2007. Namun, apa yang saya perhatikan masih banyak lagi program baru yang muncul di internet seperti yang dinyatakan dalam artikel. Sebagai panduan mungkin kita boleh membaca dan memahami dahulu mesej yang hendak disampaikan oleh penulis disini. Saya harap semua orang boleh berlapang dada dengan pendedahan ini.

Berikut adalah petikan daripada artikel tersebut

"
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .




Read more ...

Haruman Munif

Salam semua,

Semua orang sukakan wangian dan ini merupakan satu berita baik buat semua. Minyak wangi terbaru keluaran Munif Hijjaz Sdn. Bhd. telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menjadi produk paling MELETUP pada tahun ini. Malah ia bersaing HEBAT dengan minyak wangi berjenama yang lain!

Apa Uniknya Haruman Minyak Wangi Munif Hijjaz ini?


  • Mempunyai jenama yang kukuh dan tersendiri.
  • Haruman minyak wangi Munif Hijjaz ini dibotolkan khas dengan 18 jenis haruman yang setara dengan minyak wangi antarabangsa!
  • 100% ketulenan patinya diakui tanpa campuran alkohol dan tanpa pencairan.
  • Bauannya semerbak dan keharumannya tahan sepanjang hari!
  • Sudah pasti ianya tidak sama dengan minyak attar biasa!
  • Tidak seperti minyak wangi yang lain, ianya mengandungi 8ML dalam satu botol tunggal bagi setiap kotak.
  • Haruman minyak wangi Munif Hijjaz ini boleh dibawa solat dan HALAL.
  • Penggunaan botol 'Miniature Roll On' yang mudah digunakan.
  • Lebih 150 kali penggunaan bagi setiap botol!
  • Harga yang terlalu rendah dan mampu milik. Hanya RM22.00 sebotol/sekotak bagi Semenanjung dan RM25.00 sebotol/sekotak bagi Sabah dan Sarawak!

Minyak Wangi Munif Hijjaz Minyak Wangi Munif Hijjaz
Minyak Wangi Munif Hijjaz!



Minyak Wangi Munif Hijjaz Minyak Wangi Munif Hijjaz
iklan di surat khabar dan juga majalah

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan minyak wangi ni bolehlah klik disini
Read more ...

Tuesday, December 21, 2010

Guna Produk HPA

Produk HPA

  • Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad
  • HPA Industries Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
  • Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
  • Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard “GMP”nya.Kini seramai 1800 orang
  • Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di Arau, Kuala perlis, Sg.petani, Napoh, Ipoh, Jakarta dll yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.


Kategori Produk adalah seperti berikut:
Marilah bersama-sama menggunakan produk halal keluaran HPA.
Read more ...

Majalah Ikon Edisi Khas HPA

HPA telah menerbitkan majalah pertama bernama IKON. Ahli-ahli dan bukan ahli boleh mendapatkan majalah ini di cawangan HPA, HPA Halalmart di kawasan masing-masing





Harga Ahli RM20.00.
Harga Pengguna RM22.00.
Nilai Mata 5.
Dapatkan segera di HPA Mall, HPA Halal Mart, Cawangan HPA
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers