Bagaimana anda menjaga bateri laptop anda agar tahan lebih lama? Jika anda pernah tukar bateri laptop, sudah pasti anda tahu bahawa harga bateri laptop agak mahal

Berikut adalah beberapa perkara asas yang anda patut tahu tentang bateri laptop anda. Kebanyakan dibuat daripada Lithium ion. Purata jangka hayat bateri adalah antara 300 hingga 500 pusingan discharge-recharge, atau 2 hingga 3 tahun, yang mana lebih dahulu. Tingkat Kuasa (Power Level) , keadaan alam sekitar dan cara cas bateri akan mempengaruhi jangka hayat bateri. Apabila bateri telah sampai ke penghujung hayatnya, tempoh untuk bateri menampung cas akan menjadi berkurangan. Apa saja langkah berjaga-jaga yang diambil, hayat bateri akan tetap berkurangan
Anda sepatutnya melakukan sesuatu yang akan mengurangkan impak kepada keadaan bateri dan memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda. Mungkin anda pernah berhadapan bateri anda mati secara tiba, cara penjagaan yang baik akan mengatasinya. Berikut adalah langkah yang anda boleh anda ambil untuk memanjangkan jangka hanyat bateri anda

• Mengamalkan cara yang betul untuk cas-discas
Semua sudah maklum tentang bateri Nickel Cadmium (Ni-Cad) , dan mengetahui bahawa cara yang paling betul adalah pastikan bateri tersebut habis cas sebelum dicas semula. Tetapi cara ini tidak betul untuk bateri Lithium Ion. Bateri Li-Ion tidak mempunyai jenis memori seperti itu, jadi tidak perlu tunggu sehingga cas sudah habis sebelum di cas semula. Discas yang sedikit akan mengurangkan stress dan memanjangkan hayat bateri. Jika boleh, perlu elak selalu habis cas dan mengecas lebih kerap
• Gunakan Bateri
Jangan biarkan bateri di cas untuk jangka masa yang lama. Sudah menjadi kebiasaan kita melihat laptop digunakan semasa bateri sedang dicas. Sebenarnya, cara ini tidak menjadi masalah, tetapi bateri yang tidak digunakan akan menjadi cepat rosak sama seperti bateri yang disalah guna. Sama seperti badan kita, bateri juga perlu digunakan untuk lebih sihat dan tahan lasak. Tambahan pula,mengekalkan bateri yang penuh akan meningkatkan suhu bateri dan akan mempengaruhi prestasi bateri.
• Gunakan Charger yang betul
Jumlah tenaga yang dijana dan dikeluarkan antara dua cas akan membezakan hayat bateri Li-Ion. Adalah lebih baik menggunakan charger yang original untuk mengecas. Lebih tinggi cas output (selalu jenis cas cepat) akan mengurangkan hayat bateri

• Gunakan applikasi Power Management
Semua laptop mempunyai applikasi power management untuk fungsi menjaga battery. Apabila menggunakan mod extended AC , anda boleh pilih "long life" untuk bateri dan ia akan hanya akan cas setakat 80% sahaja. Sebelum akan keluar outstation, gunakan mod "full charge" untuk menaikkan kapasiti bateri kepada 100%
Jangka hayat bateri lithium ion biasanya antara 2-3 tahun. Dengan sedikit penjagaan dan ambil berat, kerosakan boleh dikurangkan. Itulah langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan dan memanjangkan hayat bateri laptop anda

- Jauhi bateri anda daripada tempat yang cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk

2 comments:
thanks for sharing
Slm,sye nk tnye maksud membiarkan charge di bawah kapasiti 50% menyebabkn mngmbil masa yang lama untuk full 100%.hal ini akn mnybbkn kpansan dan mnybbkn baterry kong..sye nk tnye btul ke knyataan ini??mohon pnjlasan yng jlas....
Post a Comment