Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Keputusan: Malaysia vs vietnam 11 September 2012

Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012 malam tadi adalah Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Malaysia mendapat peluang untuk menjaringkan pada awal perlawanan oleh penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22. Namun tersasar daripada gol. 

Penjaring gol pertama bagi pasukan vietnam adalah Le Cong Vinh pada minit ke-32 menewaskan penjaga gawang Malaysia iaitu Mohd Farizal Marlias. Manakala gol kedua dijaringkan oleh pemain tengah Vietnam iaitu Phan Thanh Hung pada minit ke-48. Ini menyebabkan Malaysia tumpas 0-2 kepada Vietnam
Le Cong Vinh
Le Cong Vinh
Phan Thanh Hung
Phan Thanh Hung

Walaupun ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal memasukkan Mohd Safee Mohd Sali, Azamuddin Mohd Akil serta Mahalli Jasuli namun jentera serangan Malaysia masih buntu menembusi gol pasukan Vietnam. Ini adalah kerana benteng pertahanan pasukan Vietnam yang dikawal ketat oleh ketua pasukan mereka, Nguyen Minh Duc. Sehingga ke wisel penamat Malaysia masih gagal menjaringkan sebarang gol. Oleh itu, Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012 adalah Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Vietnam




sumber: Bernama
Read more ...

Saturday, April 21, 2012

Keputusan Piala FA 2012 Kelantan Vs Kedah 21.04.2012 Jaringan Vedran Gerc

Semalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012 diantara Kelantan vs Kedah dan juga Terengganu vs Sime Darby. Aku sempat tengok perlawanan antara Kelantan Vs Kedah di TV1. Secara keseluruhan Kelantan yang banyak mengawal bola. Peluang-peluang untuk gol juga banyak di pihak Kelantan. Namun, dengan kecekapan penjaga Gol Kedah iaitu Mohd Helmi Eliza Elias berjaya menyelamatkan banyak percubaan bahaya pasukan Kelantan.

Tapi Kedah juga banyak menyerang tapi susah nak menembusi gawang Kelantan. Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha. Kedah menyamakan kedudukan menerusi pemain import terbarunya iaitu Vedran Gerc. Ikuti rakaman jaringan yang dibuat oleh Vedran Gerc.


Keputusan Penuh Separuh Akhir Piala FA 2012 adalah Kelantan [1] : Kedah [1], Terengganu [1] : Sime Darby FC [2]
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers