Thursday, August 26, 2010

Sesi Perkongsian Ilmu - POKA YOKE

Sejarah POKA YOKE

• Poka-yoke merupakan adalah istilah dalam bahasa Jepun yang bermaksud "mistake-proofing"
• Poka bermaksud “proofing” manakala yoke pula bermaksud “mistake”.
• Idea daripada Dr Shigeo Shingo . Banyak digunakan di sektor perkilangan.
• 1961- BAKA YOKE ( fool proofing – kalis bodoh)
• 1963 – POKA YOKE (mistake proofing – kalis kesalahan)

Untuk Apa Poka Yoke
Poka Yoke adalah untuk menghapuskan “potential of mistakes” (punca kesalahan)

Matlamat Poka Yoke

Untuk menghapuskan kesalahan/kesilapan dalam proses, kita perlu ubahsuai dan menambahbaik PROSES supaya kesalahan mustahil untuk berlaku

Budaya POKA YOKE
Melibatkan perubahan pemikiran , kesalahan tidak dapat diterima, menyiasat setiap kes dan mengenalpasti punca kesalahan seterusnya menghapuskannya. Mencegah daripada berulang

Poka Yoke adalah satu alat atau system yang mampu mengesan keadan produk atau proses yang tidak normal.

Contoh POKA YOKE dalam Kehidupan Harian
Konsep poka yoke dalam kehidupan sehari-hari juga telah banyak ditemui. Kesalahan pemasangan dapat dikesan awal dan kita diberi peringatan agar tidak berlaku kesalahan

Apabila berlaku kesalahan, poka yoke dapat mengesan, memberi peringatan telah berlaku kesalahan. Cuba lihat contoh dibawah. Untuk memudahkan pengguna memasukkan sim card pada handphone, dibuat gambar sim card seperti ditunjukkan anak panah


Salah satu bahagian tepi sim card sengaja dipotong, di handphone juga ada gambar dimana sim card , juga sengaja ditonjolkan sama, dengan itu kita senang memasukkan sim card ke posisi yang betul

Nampak macam simple tetapi sangat banyak membantu. Cuba bayangkan kalau tak dipotong sedikit hujung sim card tu, mesti ada yang salah masuk dan ada juga yang mencuba beberapa kali sebelum berjaya.

Cuba pula lihat gambar dibawah, tumb drive tidak dapat masuk ke slot USB jika dipasang secara terbalik. Maksudnya kita mesti pastikan tumb drive dimasukkan dengan cara yang betul

2 comments:

Sharinginfoz said...

ooo begitu rupanya

Halimkk said...

begitula ceritanya..saya baru balik kursus ni

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers

Google+ Followers