Monday, August 30, 2010

Malam Lailatul Qadar 29Ramadhan ini?

Salam,

Insyallah, tinggal lagi sepuluh hari lagi kita akan berpuasa. Diharap saya dan rakan-rakan semua dapat meningkatkan lagi amalan di saat-saat akhir ini untuk mencari malam lailatul Qadar. Kelmarin saya ada menonton Tanyalah Ustaz di Tv9. Antara isi penting saya dapat ingat adalah Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:


I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kita mula puasa hari rabu, jika mengikut petua Imam Ghazali Malam Lailatul Qadar dijangka akan jatuh pada malam 29 Ramadhan.

Sesungguhnya yang pasti ia adalah rahsia Allah.

1 comment:

Sharinginfoz said...

semoga kita diberi kesempatan mendapat malam lailaitulqadar, by the way Selamat Hari Merdeka

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers