Friday, September 14, 2012

Pasangan diraja 'sedih' dakwaan foto dada Kate terdedah


Putera William dan isterinya Catherine, "sedih" dengan dakwaan sebuah majalah Perancis, yang ia akan menyiarkan foto isterinya dalam keadaan dadanya terdedah, kata satu sumber diraja hari ini.

"Insiden itu, jika benar, memutarkan jam 15 tahun ke belakang," kata sumber diraja yang menyertai lawatan pasangan itu ke Malaysia, kepada AFP - merujuk kepada perhatian sengit pihak media terhadap ibu William, mendiang Puteri Diana.

Diana maut dalam satu kemalangan jalan raya ketika mahu mengelak buruan paparazzi di Paris pada 1997.

Mengumumkannya sebagai satu eksklusif dunia, majalah Closer menjemput pembaca, melalui lamanwebnya, memilih edisi baru dan menikmati "foto yang dunia tidak sabar untuk melihat - gambar Duchess of Cambridge dalam keadaan dadanya terdedah, di teres sebuah tempat penginapan".

Pendedahan itu bakal menjadi satu lagi insiden yang akan memalukan keluarga diraja itu selepas sebuah tabloid Britain menyiarkan gambar bogel Harry - adik lelaki William.

"Pasangan diraja itu sedih bila mengetahui mengenai dakwaan adanya foto tersebut," kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa pihak istana sedang menyiasat kesahihan foto itu, sebelum "membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan".

Pasangan diraja Britain itu sedang melancong sepanjang tahun 2012 sebagai sebahagian daripada perayaan pemerintahan 60 tahun nenek William, Ratu Elizabeth II.

Mereka kini dalam lawatan sembilan hari yang bermula di Singapura. Mereka tiba di Malaysia pada hari Khamis, dan akan berlepas hujung minggu ini ke Kepulauan Solomon dan kemudiannya ke Tuvalu.

Tetapi isu foto itu bakal mencemarkan program pelancongan mereka yang bertujuan untuk membantu memperkenalkan pasangan itu di luar negara selepas perkahwinan mereka yang gilang gemilang tahun lepas yang telah ditonton di seluruh dunia.

sumber: AFP

No comments:

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers

Google+ Followers