Friday, September 14, 2012

5 Isu Terhangat di Facebook,Blog, Twitter dan Youtube

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya akan senaraikan 5 isu terhangat yang sedang diperbincangkan di facebook, blog, twitter, youtube dan lain-lain media sosial. Berikut adalah senarainya.

1. Info, spesifikasi dan Harga iPhone 5 di Malaysia 

iPhone 5 baru saja dilancarkan kelmarin 13.09.2012. Hari ni ramai yang dok mencari info pasal spesifikasi dan harga iPhone 5 ni. Berikut adalah ciri-ciri atau spesifikasi iPhone 5:

iphone 5
-skrin lebih nipis dengan paparan 4 inci
-berat 112 gram, ringan dari iPhone4
-8 megapixel resolusi 1136 x  640 pixel
-prosesor A6 lebih pantas untuk foto , grafik dan video 
-bateri tahan lebih lama
-ada 3 microfon 
-ada dua warna saja , putih dan hitam 

Mengikut sumber iPhone 5 akan mula dijual pada 21 September ni, tapi di Malaysia belum tau lagi. Harga pun lebih kurang macam Iphone 4s sekarang iaitu RM 2,150-RM2799. Lepas tu harga iPhone 4S akan turun sikit. 

ulasan: sesiapa yang ada duit lebih tu bolehlah beli..

2. Google enggan padam video hina Rasulullah

SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. - Reuters

Ulasan: Melampau sungguh puak-puak zionis ni. 

3. Warisan merdeka kini 600m, ketiga tertinggi di dunia

EKSKLUSIF Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.

"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.

"Sejak itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.

Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.

Menara Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/208777

Ulasan: untuk apa buat bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi ni. 

4. Kementerian Pelajaran : Soalan Percubaan SPM bocor

Shah Alam: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti dihebahkan dalam laman sosial Facebook.

Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata beliau mengarahkan pegawai kementerian menyiasat dakwaan berkenaan, tetapi menasihatkan orang ramai tidak panik kerana peperiksaan percubaan bukan pengukur kejayaan calon serta tidak mempengaruhi prestasi pada peperiksaan sebenar.
“Kita ada kaedah dan tahap keselamatan tinggi termasuk penggunaan bilik kebal yang tidak mudah diceroboh bagi memastikan kertas soalan peperiksaan tidak bocor,” katanya

Ulasan: Isu yang selalu keluar bila nak SPM

5. Pelajar belasah guru disiplin

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.


“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.


sumber:  http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article


Ulasan: Murid sekarang dah tak hormat guru.

No comments:

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers

Google+ Followers