Thursday, December 23, 2010

Perniagaan Internet - Affiliate

Salam semua,

Di internet sekarang ni kita dilimpahi dengan pelbagai program yang dilabelkan sebagai affiliate. Kepada sesiapa yang dah faham affiliate tu apa bolehlah kongsikan pandapat dan pandangan masing. Namun begitu, masih ramai lagi masyarakat kita yang masih samar-samar tentang definisi affiliate itu sendiri. Dalam membuat kajian tentang maksud affiliate ini, saya telah terjumpa satu artikel yang ditulis oleh salah seorang IM yang tidak asing lagi iaitu saudara
Mohd Suhaimy a.k.a shuth .Artikel ini ditulis pada tahun 2007. Namun, apa yang saya perhatikan masih banyak lagi program baru yang muncul di internet seperti yang dinyatakan dalam artikel. Sebagai panduan mungkin kita boleh membaca dan memahami dahulu mesej yang hendak disampaikan oleh penulis disini. Saya harap semua orang boleh berlapang dada dengan pendedahan ini.

Berikut adalah petikan daripada artikel tersebut

"
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .




2 comments:

Sharinginfoz said...

kena faham betul2 sebelum masuk kan

Abdul Halim Ismail said...

betul tu

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers