Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semalam saya sempat tengok rancangan Masterchef Selebriti di Astro Ria. Cabaran semalam adalah untuk membuat coklat. Semua selebriti dibahagikan kepada 2 kumpuulan iaitu kumpulan merah dan kumpulan biru. Kumpulan Merah dianggotai oleh
Dato Fazley, Azwan Ali, Angah Raja Lawak dan Tomok. Manakala kumpulan biru dianggotai oleh Farouk Hussein, Juliza, Jehan dan Soo Win Ci. Dalam cabaran kali ini Farouk Hussein ketuai kumpulan biru manakala Dato Fazley ketuai kumpulan merah. Agak tegang juga saya tengok kumpulan biru semasa dalam cabaran tu. Farouk hussein sebagai ketua agak cool tapi adakalanya nampak stress dengan ahli kumpulannya.
Akhirnya...Kumpulan Merah yang menang dalam cabaran buat coklat. Saya tengok coklat yang dibuat oleh kumpulan merah mcam sedap. Komen daripada para juri juga memihak kepada kumpulan Merah. Tapi komen oleh sorang juri bahawa ahli kumpulan ini banyak bermain-main. Kumpulan Merah menang dalam cabaran kali yang merupakan kali pertama sejak sekian lama. Jadi malam ini kumpulan Biru akan masuk dalam cabaran penyingkiran.
sekian
1 comment:
wah buat coklat..best tue!
Post a Comment