Sunday, July 08, 2007

Gunakan Handphone Nokia Anda Sebagai Modem

Untuk permulaan blog ini, saya akan menulis tentang apa yang saya sudah lakukan.

Pertama sekali pastikan handphone nokia anda menyokong applikasi pemindahan data samada GPRS,EDGE,HSDPA atau 3G. Langkah seterusnya adalah anda memerlukan medium penyambung antara handphone nokia anda dengan laptop. Contoh-contoh sambungan adalah seperti Bluetooth,Infra-red dan juga USB cable. Saya sarankan anda menggunakan USB cable agar lebih stabil. Tetapi, sebelum sambungan dilakukan, anda perlu install Nokia PC suite yang selalu dibekalkan kepada anda semasa membeli hanphone ini.
Setelah berjaya membuat sambungan pada laptop anda, bolehlah mula klik connect. Tetapi, pastikan anda sudah mendaftar akaun gprs dengan service provider seperti CELCOM, MAXIS atau DIGI. Saya menggunakan Celcom dengan pakej unlimited.
Menggunakan handphone sebagai modem memudahkan saya. Ini adalah kerana, semasa outstation saya tak perlu bersusah payah mencari cyber cafe. Namun begitu, kadang kala ia bergantung kepada kawasan juga. Kalau kawasan pendalaman, tak usah bermimpilah nak dapat connect.
Daripada penerangan saya diatas, saya ringkaskan seperti dibawah;

1.Henpon (ada GPRS,3G,EDGE)
2.Cable USB ( bluetooth, IR pun bole juga)
3.Install PC Suite
4. Akaun GPRS (CELCOM,DIGI,MAXIS)
5. CONNECT

Saya harap penerangan ini dapat membantu sesiapa yang bermasalah membuat sambungan wireless internet
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers