Friday, August 17, 2007

Proton Persona Dilengkapi Sistem EBD







Kereta Proton Persona yang baru sahaja dilancarkan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 August 2007 dilengkapi dengan sistem EBD. Sistem yang canggih telah lama dipasang pada kenderaan Toyota, Hyundai , Nissan Lain-lain lagi.
Electronic brakeforce distribution atau EBD adalah teknologi brek yang membahagikan daya kepada setiap brek kenderaan secara automatik berdasarkan kepada kepada keadan jalan, kelajuan, berat dan lain-lain faktor. Selalunya sistem ini bersambung dengan anti-lock braking systems,(ABS). Sistem EBD ini yang akan mengagihkan tekanan kepada setiap roda supaya kuasa brek dapat dimaksimumkan disamping mengawal kawalan kenderaan.
Sistem EBD ini berfungsi sebagaimana yang ditunjukkan disini. Dengan adanya sistem EBD ini, kuasa brek pada proton persona ini akan terkawal secara elektronik. Pembangunan Sistem EBD ini telah dimulakan oleh honda sejak tahun 1997 lagi.
Gambaran dengan lebih jelas ditunjukkan di kenderaan lexus ini.
Read more ...

Wednesday, August 15, 2007

Kereta: Kerusi Kanak-kanak bertoksik?



Ini merupakan satu laporan daripada HealthyCar.org yang menunjukkan bahawa kerusi kanak-kanak yang dijual di pasaran boleh menjadi penyumbang kepada pengeluaran gas yang toksik. Sila Ikutilah artikel daripada blog ini jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang perkara yang membahayakan ini. Jenis bahan kimia yang dibebaskan oleh kerusi ini juga ditunjukkan secara detail.


Picture from: blogs.Edmunds.com
Read more ...

Sunday, August 05, 2007

SELF CHECK IN NOW AVAILABLE IN KLIA



Facts
  • 12 unit install
  • KLM Royal Dutch will be the first airline to use
  • MAHB plan to install 24 unit more
  • Penang International Airport and Kota Kinabalu International Airport will having it in future
  • Reduce manned counter
Read more ...

Friday, August 03, 2007

Pendaftaran Vendor : Online

Dunia perniagaan sekarang sudah mula berubah.Sudah banyak syarikat-syarikat besar terutamanya GLC menggunakan sistem online dalam menjalankan perniagaan/perkhidmatan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan dunia global.

Jika dulu kontraktor ataupun vendor untuk membekal, membaiki dan juga kerja-kerja lain perlu mendaftar menggunakan borang pendaftaran vendor.Menggunakan borang seringkali mendatangkan masalah seperti borang tak sampai, hilang ditengah jalan, tersalah letak dan bermacam-macam lagi. Tetapi kini tidak lagi.Semuanya boleh dilakukan walaupun daripada pejabat mereka sendiri.Namun begitu, tidak semua vendor yang ada sekarang ini IT oriented. Kebanyakannya masih tidak tahu tentang kewujudan sistem seperti itu.



Contoh Sistem VMS yang digunakan oleh MAHB


Oleh itu, diharap kepada vendor-vendor diluar sana, belajarlah tentang dunia internet ataupun online ini. Semua perlulah mengambil inisiatif untuk memajukan syarikat masing-masing. Usahlah berharap keadaan akan seperti dahulu lagi.
Read more ...

Wednesday, August 01, 2007

Arghh...Conveyor Belt Rosak

Semalaman saya tak tidur. Panggilan daripada airport semalam telah membuat saya tak dapat lagi untuk melelapkan mata. Pakaian ditukar, mencapai kunci dan terus menuju ke airport. Jam telah menunjukkan pukul 12.10 pagi. Masih ramai lagi orang di airport. Mungkin menunggu sahabat, client, saudara yang akan sampai daripada destinasi.

Saya menghubungi staf yang bertugas shift malam. Sementara menunggu mereka sampai, saya melihat dulu keadaan conveyor belt di sebelah atas check in hall. Namun, saya tidak mendapat gambaran yang jelas lagi tentang apa yang berlaku.

Apabila mereka sampai, saya terus minta mereka membawa saya ke tempat kejadian.Disebabkan keadaan di tempat itu gelap, kami terpaksa menggunakan torch light sahaja. Saya ditunjukkan dengan roller shaft yang telah tercabut daripada bearing holder. Supaya kami tidak terus membuang masa, kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan roller shaft tersebut. Setelah berhempas pulas selama 2 jam, akhirnya roller shaft tersebut dapat dikeluarkan daripada tempatnya.Setelah diteliti, rupanya shaft tersebut seperti dipotong dengan mata pemotong. Bukannya patah. Tapi putus.



Untuk memastikan operasi conveyor ini tak terganggu pada esok hari , saya mengambil keputusan untuk meminjam roller shaft daripada conveyor domestik. Dengan bantuan 3 orang staf mekanikal yang begitu dedikasi, akhirnya kami dapat mengambil roller shaft daripada kawasan conveyor domestik.





Roller shaft yang dipinjam dipasang menggantikan roller shaft yang telah rosak. Segala proses penukaran berjalan lancar. Sistem conveyor ini kembali beroperasi pada pukul 6.30 pagi
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers