Monday, August 30, 2010

Malam Lailatul Qadar 29Ramadhan ini?

Salam,

Insyallah, tinggal lagi sepuluh hari lagi kita akan berpuasa. Diharap saya dan rakan-rakan semua dapat meningkatkan lagi amalan di saat-saat akhir ini untuk mencari malam lailatul Qadar. Kelmarin saya ada menonton Tanyalah Ustaz di Tv9. Antara isi penting saya dapat ingat adalah Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:


I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kita mula puasa hari rabu, jika mengikut petua Imam Ghazali Malam Lailatul Qadar dijangka akan jatuh pada malam 29 Ramadhan.

Sesungguhnya yang pasti ia adalah rahsia Allah.
Read more ...

Sunday, August 29, 2010

Bagaimana nak Periksa Tarikh expired

Salam,

Insyallah tinggal 10 hari lagi kita nak menyambut Hari Raya. Sekarang ni ramai dah masuk mood nak balik kampung termasuklah saya. Jadi, saya nak share info penting yang saya dapat perolehi daripada miros-road-safety. Sebelum memulakan perjalanan jauh, salah satu perkara penting yang perlu diperiksa adalah tayar. Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh tayar. Sila ikuti tips mudah berikut:


1. Adakah kita semua tahu bahawa tayar kereta mempunyai tarikh luput..? kalau sesiapa dah tahu bagus la, tetapi yang belum tahu saya akan kongsikan disini. Untuk permulaan, tempoh ketahanan tayar kereta adalah 4 tahun daripada tarikh dikilangkan. Selepas tempoh ini, risiko tayar untuk meletup adalah tinggi. Sila ambil perhatian terhadap perkara ini.

2. Bagaimana nak tahu ? Cuba check nombor seperti ini (*4002*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini. (sesetengah tiada tanda asterisk).

Car Tyre Kredit to : miros-road-safety.blogspot.com

3. 2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat. nota:Dalam setahun kita ada 52 minggu. Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *4002* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 40 dalam tahun 2002..

4. Periksa semua tayar untuk keselamatan. Jangan guna tayar luput tarikh kerana boleh meletup dengan sendiri terutamanya jika cuaca panas terik kerana getah akan menjadi keras dan merekah
Read more ...

Friday, August 27, 2010

Banyak Program "Online Biz"

Salam,

Setiap hari email saya penuh dengan email spam. Kekadang tu lebih daripada satu email diterima. Semuanya nak promote kononnya boleh dapat duit cara senang. Paling rendah yuran kemasukan adalah adalah Rm10. Seringgit pun ada. Lepas tu depa claim boleh masuk duit melimpah-limpah pulak tu. Apa depa ingat ni ayaq ka boleh melimpah. Tapi kebanyakan yang join pun orang kita juga.

Yang saya perhatikan sekarang ni,bersepah-sepah program yang macam ni. Hampir sama saja program dia. Kebanyakannya claim ada produk. Tapi, takdelah pulak dia promote pasal produk tu. Yang lebihnya promote nak dapat duit senang.

Harap-harap kawan-kawan semua jangan la dok terpengaruh dengan email-email yang sebegini. abaikan aje.

Cuba baca contoh email yang saya sertakan ni


Read more ...

Pengikut yang ke-1

Salam,

Alhamdulillah, petang tadi satu sejarah telah tercipta dimana eelobor telah menjadi pengikut pertama saya. Saya sungguh terharu kerana setelah beberapa lama menjadi blogger, baru hari ini saya ada pengikut. Cukuplah walaupun seorang saja buat masa ni.

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada bro eelobor diatas kesudian beliau menjadi pengikut saya. Saya akan terus berkongsi cerita dan maklumat-maklumat terbaru buat semua

Sekian
Read more ...

Thursday, August 26, 2010

Bonus Raya Lagi

Mengikut berita yang saya dapat di malaysiakini 26 ogos 2010, 2 buah negeri iaitu selangor dan melaka mengikut jejak langkah kerajaan pusat dengan mengumumkan bonus RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Eloklah tu, yang mendapat faedah rakyat juga. Bolehlah buat persiapan raya. Yang penting jangan membazir duit masuk skim cepat kaya sudah. Nanti bonus pun lesap sekejap jer..
Read more ...

Sesi Perkongsian Ilmu - POKA YOKE

Sejarah POKA YOKE

• Poka-yoke merupakan adalah istilah dalam bahasa Jepun yang bermaksud "mistake-proofing"
• Poka bermaksud “proofing” manakala yoke pula bermaksud “mistake”.
• Idea daripada Dr Shigeo Shingo . Banyak digunakan di sektor perkilangan.
• 1961- BAKA YOKE ( fool proofing – kalis bodoh)
• 1963 – POKA YOKE (mistake proofing – kalis kesalahan)

Untuk Apa Poka Yoke
Poka Yoke adalah untuk menghapuskan “potential of mistakes” (punca kesalahan)

Matlamat Poka Yoke

Untuk menghapuskan kesalahan/kesilapan dalam proses, kita perlu ubahsuai dan menambahbaik PROSES supaya kesalahan mustahil untuk berlaku

Budaya POKA YOKE
Melibatkan perubahan pemikiran , kesalahan tidak dapat diterima, menyiasat setiap kes dan mengenalpasti punca kesalahan seterusnya menghapuskannya. Mencegah daripada berulang

Poka Yoke adalah satu alat atau system yang mampu mengesan keadan produk atau proses yang tidak normal.

Contoh POKA YOKE dalam Kehidupan Harian
Konsep poka yoke dalam kehidupan sehari-hari juga telah banyak ditemui. Kesalahan pemasangan dapat dikesan awal dan kita diberi peringatan agar tidak berlaku kesalahan

Apabila berlaku kesalahan, poka yoke dapat mengesan, memberi peringatan telah berlaku kesalahan. Cuba lihat contoh dibawah. Untuk memudahkan pengguna memasukkan sim card pada handphone, dibuat gambar sim card seperti ditunjukkan anak panah


Salah satu bahagian tepi sim card sengaja dipotong, di handphone juga ada gambar dimana sim card , juga sengaja ditonjolkan sama, dengan itu kita senang memasukkan sim card ke posisi yang betul

Nampak macam simple tetapi sangat banyak membantu. Cuba bayangkan kalau tak dipotong sedikit hujung sim card tu, mesti ada yang salah masuk dan ada juga yang mencuba beberapa kali sebelum berjaya.

Cuba pula lihat gambar dibawah, tumb drive tidak dapat masuk ke slot USB jika dipasang secara terbalik. Maksudnya kita mesti pastikan tumb drive dimasukkan dengan cara yang betul

Read more ...

Kes 'Penjara' AC Mizal

Merujuk kepada berita daripada berita harian online bertarikh 26 ogos 2010 keputusan penjara melibatkan kes pelakon AC Mizal akan diketahui pada 28 October 2010 nanti.

Kes melibatkan AC ni sudah agak lama juga. Anak dia pun dah besar. Sekarang AC pun dah semakin berjaya. Khabarnya dah ada syarikat MLM sendiri. Diharapkan kes ni dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Read more ...

Wednesday, August 25, 2010

RM500 Bonus Raya Kakitangan Kerajaan

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri yang makin hampir, kerajaan telah mengumumkan bonus raya untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara. Sudah tentulah dengan bonus ini mereka dapat membuat persediaan awal. Ditambah pula dengan kenaikan harga gula dan petrol baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan juga persediaan mereka

Saya juga turut dapat merasa jugalah kerana isteri saya juga anggota kerajaan yang bertugas sebagai pendidik. Tapi dengan inflasi yang sangat tinggi sekarang ni, RM500 tu bukanlah satu jumlah yang sangat besar. Orang kata bolehlah..
Read more ...

Tuesday, August 24, 2010

Kepentingan Update Blog

Blog saya ni kira macam hidup segan saja. Ikut suka hati saja bila nak update. Kekadang tu lebih setahun tak update. Ntah macam mana , baru-baru ni semangat balik nak update blog ni. Macam na nak maintain semangat untuk berblog ni .. sapa-sapa boleh tolong ker?
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers