Sunday, October 14, 2012

Aqasha Dapat Anak Kedua

Aqasha dapat Anak Kedua | Tahniah diucapkan kepada kepada pelakon dan penyanyi Aqasha yang telah menimang cahaya mata kedua. Aqasha sempat berkongsi kegembiraannya di akaun twitter dengan berkongsi gambar isterinya Norbaizura bersama anak sulung, Alehandra Ahmad, 1, dan bayi perempuan mereka.

gambar anak aqasha
Kredit: Ammboi.con
Read more ...

Sunday, September 23, 2012

Tarikh Pembentangan Belanjawan Budget 2013

Assalam 1 Malaysia,

Tarikh Pembentangan Budget 2013 adalah pada hari Jumaat 28 September 2012 ini. Hari Jumaat memang selalu dipilih kerana menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Belanjawan 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Pertama iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Diharapkan kebajikan rakyat masih di ambil berat dalam Pembentangan Budget 2013 ini.
Pembentangan Budget 2013


Baru-baru ini CEUPACS juga telah menyuarakan tentang harga rumah yang terlampau tinggi terutama di bandar-bandar besar. Jika harga rumah terus meningkat, sudah pasti mendatangkan masalah kepada golongan yang berpendapatan rendah. Saya juga mengharapkan beberapa cukai di kurangkan untuk mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga barang sekarang ni.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menantikan Pembentangan Budget 2013 pada hari Jumaat ini
Read more ...

Friday, September 14, 2012

5 Isu Terhangat di Facebook,Blog, Twitter dan Youtube

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya akan senaraikan 5 isu terhangat yang sedang diperbincangkan di facebook, blog, twitter, youtube dan lain-lain media sosial. Berikut adalah senarainya.

1. Info, spesifikasi dan Harga iPhone 5 di Malaysia 

iPhone 5 baru saja dilancarkan kelmarin 13.09.2012. Hari ni ramai yang dok mencari info pasal spesifikasi dan harga iPhone 5 ni. Berikut adalah ciri-ciri atau spesifikasi iPhone 5:

iphone 5
-skrin lebih nipis dengan paparan 4 inci
-berat 112 gram, ringan dari iPhone4
-8 megapixel resolusi 1136 x  640 pixel
-prosesor A6 lebih pantas untuk foto , grafik dan video 
-bateri tahan lebih lama
-ada 3 microfon 
-ada dua warna saja , putih dan hitam 

Mengikut sumber iPhone 5 akan mula dijual pada 21 September ni, tapi di Malaysia belum tau lagi. Harga pun lebih kurang macam Iphone 4s sekarang iaitu RM 2,150-RM2799. Lepas tu harga iPhone 4S akan turun sikit. 

ulasan: sesiapa yang ada duit lebih tu bolehlah beli..

2. Google enggan padam video hina Rasulullah

SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. - Reuters

Ulasan: Melampau sungguh puak-puak zionis ni. 

3. Warisan merdeka kini 600m, ketiga tertinggi di dunia

EKSKLUSIF Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.

"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.

"Sejak itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.

Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.

Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.

Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.

Menara Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/208777

Ulasan: untuk apa buat bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi ni. 

4. Kementerian Pelajaran : Soalan Percubaan SPM bocor

Shah Alam: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti dihebahkan dalam laman sosial Facebook.

Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata beliau mengarahkan pegawai kementerian menyiasat dakwaan berkenaan, tetapi menasihatkan orang ramai tidak panik kerana peperiksaan percubaan bukan pengukur kejayaan calon serta tidak mempengaruhi prestasi pada peperiksaan sebenar.
“Kita ada kaedah dan tahap keselamatan tinggi termasuk penggunaan bilik kebal yang tidak mudah diceroboh bagi memastikan kertas soalan peperiksaan tidak bocor,” katanya

Ulasan: Isu yang selalu keluar bila nak SPM

5. Pelajar belasah guru disiplin

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.


“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.


sumber:  http://www.hmetro.com.my/articles/Pelajarbelasahgurudisiplin/Article


Ulasan: Murid sekarang dah tak hormat guru.
Read more ...

Pasangan diraja 'sedih' dakwaan foto dada Kate terdedah


Putera William dan isterinya Catherine, "sedih" dengan dakwaan sebuah majalah Perancis, yang ia akan menyiarkan foto isterinya dalam keadaan dadanya terdedah, kata satu sumber diraja hari ini.

"Insiden itu, jika benar, memutarkan jam 15 tahun ke belakang," kata sumber diraja yang menyertai lawatan pasangan itu ke Malaysia, kepada AFP - merujuk kepada perhatian sengit pihak media terhadap ibu William, mendiang Puteri Diana.

Diana maut dalam satu kemalangan jalan raya ketika mahu mengelak buruan paparazzi di Paris pada 1997.

Mengumumkannya sebagai satu eksklusif dunia, majalah Closer menjemput pembaca, melalui lamanwebnya, memilih edisi baru dan menikmati "foto yang dunia tidak sabar untuk melihat - gambar Duchess of Cambridge dalam keadaan dadanya terdedah, di teres sebuah tempat penginapan".

Pendedahan itu bakal menjadi satu lagi insiden yang akan memalukan keluarga diraja itu selepas sebuah tabloid Britain menyiarkan gambar bogel Harry - adik lelaki William.

"Pasangan diraja itu sedih bila mengetahui mengenai dakwaan adanya foto tersebut," kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa pihak istana sedang menyiasat kesahihan foto itu, sebelum "membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan".

Pasangan diraja Britain itu sedang melancong sepanjang tahun 2012 sebagai sebahagian daripada perayaan pemerintahan 60 tahun nenek William, Ratu Elizabeth II.

Mereka kini dalam lawatan sembilan hari yang bermula di Singapura. Mereka tiba di Malaysia pada hari Khamis, dan akan berlepas hujung minggu ini ke Kepulauan Solomon dan kemudiannya ke Tuvalu.

Tetapi isu foto itu bakal mencemarkan program pelancongan mereka yang bertujuan untuk membantu memperkenalkan pasangan itu di luar negara selepas perkahwinan mereka yang gilang gemilang tahun lepas yang telah ditonton di seluruh dunia.

sumber: AFP
Read more ...

Tuesday, September 11, 2012

Keputusan: Malaysia vs vietnam 11 September 2012

Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012 malam tadi adalah Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Malaysia mendapat peluang untuk menjaringkan pada awal perlawanan oleh penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22. Namun tersasar daripada gol. 

Penjaring gol pertama bagi pasukan vietnam adalah Le Cong Vinh pada minit ke-32 menewaskan penjaga gawang Malaysia iaitu Mohd Farizal Marlias. Manakala gol kedua dijaringkan oleh pemain tengah Vietnam iaitu Phan Thanh Hung pada minit ke-48. Ini menyebabkan Malaysia tumpas 0-2 kepada Vietnam
Le Cong Vinh
Le Cong Vinh
Phan Thanh Hung
Phan Thanh Hung

Walaupun ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal memasukkan Mohd Safee Mohd Sali, Azamuddin Mohd Akil serta Mahalli Jasuli namun jentera serangan Malaysia masih buntu menembusi gol pasukan Vietnam. Ini adalah kerana benteng pertahanan pasukan Vietnam yang dikawal ketat oleh ketua pasukan mereka, Nguyen Minh Duc. Sehingga ke wisel penamat Malaysia masih gagal menjaringkan sebarang gol. Oleh itu, Keputusan Malaysia vs Vietnam 11 September 2012 adalah Malaysia Tumpas 0-2 Kepada Vietnam




sumber: Bernama
Read more ...

Monday, June 25, 2012

Masterchef Selebriti - Cabaran Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam saya sempat tengok rancangan Masterchef Selebriti di Astro Ria. Cabaran semalam adalah untuk membuat coklat. Semua selebriti dibahagikan kepada 2 kumpuulan iaitu kumpulan merah dan kumpulan biru. Kumpulan Merah dianggotai oleh  Dato Fazley, Azwan Ali, Angah Raja Lawak dan Tomok. Manakala kumpulan biru dianggotai oleh Farouk Hussein, Juliza, Jehan dan  Soo Win Ci. Dalam cabaran kali ini Farouk Hussein ketuai kumpulan biru manakala Dato Fazley ketuai kumpulan merah. Agak tegang juga saya tengok kumpulan biru semasa dalam cabaran tu. Farouk hussein sebagai ketua agak cool tapi adakalanya nampak stress dengan ahli kumpulannya. 


Amore
Taman Coklat Nirwana : Kumpulan Biru 

VS


Amore
Chocolate De' Amore : Kumpulan Merah








Amore

Akhirnya...Kumpulan Merah yang menang dalam cabaran buat coklat. Saya tengok coklat yang dibuat oleh kumpulan merah mcam sedap. Komen daripada para juri juga memihak kepada kumpulan Merah. Tapi komen oleh sorang juri bahawa ahli kumpulan ini banyak bermain-main. Kumpulan Merah menang dalam cabaran kali yang merupakan kali pertama sejak sekian lama. Jadi malam ini kumpulan Biru akan masuk dalam cabaran penyingkiran. 

sekian
Read more ...

Tuesday, May 01, 2012

Gaji Minimum Swasta RM 900

Kerajaan telah umumkan gaji minimum sektor swasta seperti berikut:

RM900 bagi Semenanjung
RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Komen aku kenapa kerajaan tak bagi sama saja Semenanjung Sabah dan Sarawak.


Gaji minimum ni tak cover untuk pembantu Rumah dan Tukang Kebun. Nanti jangan ada pulak maid yang minta gaji sampai RM900. Baik tak payah ambik pembantu kalau kena bayaq gaji macam tu. Tarikh kuat kuasa pulak ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Namun, kerajaan bagi tempoh sampai setahun untuk syarikat yang bermasalah.

Tak taulah berapa banyak syarikat yang boleh follow perintah ni. Kita tunggu tengok la.... nak baca berita penuh ada disini
Read more ...

Saturday, April 21, 2012

Keputusan Piala FA 2012 Kelantan Vs Kedah 21.04.2012 Jaringan Vedran Gerc

Semalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012 diantara Kelantan vs Kedah dan juga Terengganu vs Sime Darby. Aku sempat tengok perlawanan antara Kelantan Vs Kedah di TV1. Secara keseluruhan Kelantan yang banyak mengawal bola. Peluang-peluang untuk gol juga banyak di pihak Kelantan. Namun, dengan kecekapan penjaga Gol Kedah iaitu Mohd Helmi Eliza Elias berjaya menyelamatkan banyak percubaan bahaya pasukan Kelantan.

Tapi Kedah juga banyak menyerang tapi susah nak menembusi gawang Kelantan. Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha. Kedah menyamakan kedudukan menerusi pemain import terbarunya iaitu Vedran Gerc. Ikuti rakaman jaringan yang dibuat oleh Vedran Gerc.


Keputusan Penuh Separuh Akhir Piala FA 2012 adalah Kelantan [1] : Kedah [1], Terengganu [1] : Sime Darby FC [2]
Read more ...

Monday, April 16, 2012

Najib Lancar Proton Preve




Salam,

Semalam di TV3 aku tengok Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Proton Preve, kereta global pertama Proton di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di sini.

Nampak macam menarik jer design dia, performance belum tahu lagi. Tapi aku ada search sikit kat internet kira spec dia macam best la sebab ada ABS dan EDB. Antara ciri-ciri keselamatan yang paling menarik adalah ia memiliki 4 AirBag bebanding 2 Airbag sahaja bagi 2 model lain yang dibandingkan.

Harga adalah seperti berikut:

RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual,
RM62,990 bagi standard eksekutif automatik CVT
RM72,990 seunit bagi versi premium.


Read more ...

Thursday, February 02, 2012

Panjangkan Hayat Bateri Laptop Anda Dalam 5 Langkah Mudah

Salam semua,
Bagaimana anda menjaga bateri laptop anda agar tahan lebih lama? Jika anda pernah tukar bateri laptop, sudah pasti anda tahu bahawa harga bateri laptop agak mahal


Berikut adalah beberapa perkara asas yang anda patut tahu tentang bateri laptop anda. Kebanyakan dibuat daripada Lithium ion. Purata jangka hayat bateri adalah antara 300 hingga 500 pusingan discharge-recharge, atau 2 hingga 3 tahun, yang mana lebih dahulu. Tingkat Kuasa (Power Level) , keadaan alam sekitar dan cara cas bateri akan mempengaruhi jangka hayat bateri. Apabila bateri telah sampai ke penghujung hayatnya, tempoh untuk bateri menampung cas akan menjadi berkurangan. Apa saja langkah berjaga-jaga yang diambil, hayat bateri akan tetap berkurangan



Anda sepatutnya melakukan sesuatu yang akan mengurangkan impak kepada keadaan bateri dan memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda. Mungkin anda pernah berhadapan bateri anda mati secara tiba, cara penjagaan yang baik akan mengatasinya. Berikut adalah langkah yang anda boleh anda ambil untuk memanjangkan jangka hanyat bateri anda

  • Jauhi bateri anda daripada tempat yang cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk
Elakkan meninggalkan laptop anda dibawah sinaran matahari secara terus ataupun didalam kereta anda. Pastikan laptop anda diletakkan ditempat yang sederhana. Begitu jugalah jika meletakkan bateri tersebut di dalam tempat sejuk (spt peti ais) akan menyebabkan bateri cepat habis. Oleh itu, jangan tinggalkan laptop akan di tempat yang bercuaca ekstrem. Sudah pastinya bukan sahaja bateri, laptop anda juga bertahan lama dengan cara ini. Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan laptop daripada kuasa bateri untuk tempoh jangka masa lama, pastikan cas di dalam bateri adalah lebih kurang 40%, kemudian buka bateri tersebut dan simpan di tempat sejuk (suhu bilik)

Mengamalkan cara yang betul untuk cas-discas
Semua sudah maklum tentang bateri Nickel Cadmium (Ni-Cad) , dan mengetahui bahawa cara yang paling betul adalah pastikan bateri tersebut habis cas sebelum dicas semula. Tetapi cara ini tidak betul untuk bateri Lithium Ion. Bateri Li-Ion tidak mempunyai jenis memori seperti itu, jadi tidak perlu tunggu sehingga cas sudah habis sebelum di cas semula. Discas yang sedikit akan mengurangkan stress dan memanjangkan hayat bateri. Jika boleh, perlu elak selalu habis cas dan mengecas lebih kerap
• Gunakan Bateri
Jangan biarkan bateri di cas untuk jangka masa yang lama. Sudah menjadi kebiasaan kita melihat laptop digunakan semasa bateri sedang dicas. Sebenarnya, cara ini tidak menjadi masalah, tetapi bateri yang tidak digunakan akan menjadi cepat rosak sama seperti bateri yang disalah guna. Sama seperti badan kita, bateri juga perlu digunakan untuk lebih sihat dan tahan lasak. Tambahan pula,mengekalkan bateri yang penuh akan meningkatkan suhu bateri dan akan mempengaruhi prestasi bateri.
Gunakan Charger yang betul
Jumlah tenaga yang dijana dan dikeluarkan antara dua cas akan membezakan hayat bateri Li-Ion. Adalah lebih baik menggunakan charger yang original untuk mengecas. Lebih tinggi cas output (selalu jenis cas cepat) akan mengurangkan hayat bateri



Gunakan applikasi Power Management
Semua laptop mempunyai applikasi power management untuk fungsi menjaga battery. Apabila menggunakan mod extended AC , anda boleh pilih "long life" untuk bateri dan ia akan hanya akan cas setakat 80% sahaja. Sebelum akan keluar outstation, gunakan mod "full charge" untuk menaikkan kapasiti bateri kepada 100%
Jangka hayat bateri lithium ion biasanya antara 2-3 tahun. Dengan sedikit penjagaan dan ambil berat, kerosakan boleh dikurangkan. Itulah langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan dan memanjangkan hayat bateri laptop anda
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers