Friday, December 24, 2010

Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"




Salam semua,

Aku nak buku "buat duit dengan blog" sebab aku masih belum buat duit dengan blog aku ni lagi. Mungkin aku takde strategi yang baik untuk buat duit dengan blog. Setakat ni aku cuma letakkan link affiliate dengan harapan ada yang berminat untuk membeli melalui link affiliate. Tapi, apakan daya belum ada hasil lagi .Sabar jela..

Matlamat 2011 adalah aku akan cuba buat duit daripada blog aku walau apa cara sekalipun. Sungguhpun aku cuma dapat RM1 pun jadilah. Kira buat dui jugak tu kan. Aku pun bukan pandai sangat berblog ni. Ni pun buat secara try and error saja. Saya cuba belajar daripada sahabat yang telah berjaya.

Dengan buku ini aku akan dapat buat duit dengan blog aku yang tak seberapa ni. Aku akan improve lagi cara entry aku supaya lebih menarik perhatian. Aku patut menang Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"sebab aku betul-betul nak pelajari selok belok buat duit dengan blog.
Read more ...

Thursday, December 23, 2010

Perniagaan Internet - Affiliate

Salam semua,

Di internet sekarang ni kita dilimpahi dengan pelbagai program yang dilabelkan sebagai affiliate. Kepada sesiapa yang dah faham affiliate tu apa bolehlah kongsikan pandapat dan pandangan masing. Namun begitu, masih ramai lagi masyarakat kita yang masih samar-samar tentang definisi affiliate itu sendiri. Dalam membuat kajian tentang maksud affiliate ini, saya telah terjumpa satu artikel yang ditulis oleh salah seorang IM yang tidak asing lagi iaitu saudara
Mohd Suhaimy a.k.a shuth .Artikel ini ditulis pada tahun 2007. Namun, apa yang saya perhatikan masih banyak lagi program baru yang muncul di internet seperti yang dinyatakan dalam artikel. Sebagai panduan mungkin kita boleh membaca dan memahami dahulu mesej yang hendak disampaikan oleh penulis disini. Saya harap semua orang boleh berlapang dada dengan pendedahan ini.

Berikut adalah petikan daripada artikel tersebut

"
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .




Read more ...

Haruman Munif

Salam semua,

Semua orang sukakan wangian dan ini merupakan satu berita baik buat semua. Minyak wangi terbaru keluaran Munif Hijjaz Sdn. Bhd. telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menjadi produk paling MELETUP pada tahun ini. Malah ia bersaing HEBAT dengan minyak wangi berjenama yang lain!

Apa Uniknya Haruman Minyak Wangi Munif Hijjaz ini?


  • Mempunyai jenama yang kukuh dan tersendiri.
  • Haruman minyak wangi Munif Hijjaz ini dibotolkan khas dengan 18 jenis haruman yang setara dengan minyak wangi antarabangsa!
  • 100% ketulenan patinya diakui tanpa campuran alkohol dan tanpa pencairan.
  • Bauannya semerbak dan keharumannya tahan sepanjang hari!
  • Sudah pasti ianya tidak sama dengan minyak attar biasa!
  • Tidak seperti minyak wangi yang lain, ianya mengandungi 8ML dalam satu botol tunggal bagi setiap kotak.
  • Haruman minyak wangi Munif Hijjaz ini boleh dibawa solat dan HALAL.
  • Penggunaan botol 'Miniature Roll On' yang mudah digunakan.
  • Lebih 150 kali penggunaan bagi setiap botol!
  • Harga yang terlalu rendah dan mampu milik. Hanya RM22.00 sebotol/sekotak bagi Semenanjung dan RM25.00 sebotol/sekotak bagi Sabah dan Sarawak!

Minyak Wangi Munif Hijjaz Minyak Wangi Munif Hijjaz
Minyak Wangi Munif Hijjaz!



Minyak Wangi Munif Hijjaz Minyak Wangi Munif Hijjaz
iklan di surat khabar dan juga majalah

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan minyak wangi ni bolehlah klik disini
Read more ...

Wednesday, December 22, 2010

Percuma- Bagaimana Jana 60K daripada Ebay


Salam semua,

Hari ni saya nak share dengan semua tentang cara menjana pendapatan dari internet melalui Ebay. Perkongsian percuma ini adalah hasil usaha daripada saudara saiful izwan. Beliau menceritakan tentang pengalaman membuat duit daripada ebay. Semasa laporan percuma ini ditulis beliau masih lagi belajar di IPTA. Hasil usaha try and error dan juga ilmu daripada sifu-sifu ebay yang telah berjaya, beliau berjaya menghasilkan jualan sebanyak 60k dalam tempoh sebulan.

Semoga perkongsian ini dapat membuka minda kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini. sila klik pada ecover dibawah

Read more ...

Tuesday, December 21, 2010

Litrak dan Sprint Bagi Diskaun Tol

Litrak dan Sprint bagi diskaun tol sempena cuti krismas pada hari sabtu mulai jam 12.01mlm. Diskaun adalah seperti berikut:

Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) - 60sen
Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd(sprint) -20sen

*Berikut adalah kadar terkini sebelum diskaun




Toll Rates

SPRINT HIGHWAY TOLL RATES*
Type of Vehicle
Kerinchi Link
Damansara Link
Penchala Link
Private Car - Class 1
RM1.50
RM1.00
RM2.00
Vehicle with 2 axles (6 wheels) - Class 2
RM3.00
RM2.00
RM4.00
Vehicle with 3 axles (6 wheels and more) - Class 3
RM4.50
RM3.00
RM6.00
Taxi (Class 4)
RM0.80
RM0.50
RM1.00
Bus - Class 5
RM0.80
RM0.50
RM1.00
Toll Rates
LDP TOLL RATES
Type of Vehicle
Rate
Private Car - Class 1
RM1.60
Vehicle with 2 axles (6 wheels) - Class 2
RM3.20
Vehicle with 3 axles (6 wheels and more) - Class 3
RM4.80
Taxi (Class 4)
RM0.80
Bus - Class 5
RM0.80
Motocycle
FOC


Diskaun ini untuk semua kelas. Untuk berita penuh boleh rujuk sini
Read more ...

Guna Produk HPA

Produk HPA

  • Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad
  • HPA Industries Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
  • Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
  • Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard “GMP”nya.Kini seramai 1800 orang
  • Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di Arau, Kuala perlis, Sg.petani, Napoh, Ipoh, Jakarta dll yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.


Kategori Produk adalah seperti berikut:
Marilah bersama-sama menggunakan produk halal keluaran HPA.
Read more ...

Majalah Ikon Edisi Khas HPA

HPA telah menerbitkan majalah pertama bernama IKON. Ahli-ahli dan bukan ahli boleh mendapatkan majalah ini di cawangan HPA, HPA Halalmart di kawasan masing-masing





Harga Ahli RM20.00.
Harga Pengguna RM22.00.
Nilai Mata 5.
Dapatkan segera di HPA Mall, HPA Halal Mart, Cawangan HPA
Read more ...

Monday, December 20, 2010

Buat Duit Di Internet Cara MUDAH.. Inilah Caranya!

Sejak negara kita sering dilanda dengan masalah ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita yang mula mencari peluang untuk tambah pendapatan. Antara peluang tambah pendapatan yang mendapat tempat dan menjadi pilihan adalah perniagaan. Ada yang memilih perniagaan offline dan tak kurang juga yang memilih perniagaan online.

Tetapi, sejak teknologi maklumat kian berkembang di negara kita dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti broadband dan streamyx, masyarakat kita mula menjadikan internet sebagai satu medium untuk menambah pendapatan.

Perkembangan ini sangat positif dan selaras dengan pendedahan tentang peluang buat duit di internet oleh beberapa individu atau mana-mana pertubuhan. Walaupun banyak peluang buat duit di internet cara sebenar didedahkan, masyarakat kita khususnya masih juga percaya dan lebih suka menyertai program-program buat duit yang menipu.

Antara program-program buat duit yang menipu adalah skim cepat kaya, skim ponzi, skim piramid, program HYIP, program reseller, dan banyak lagi. Kes-kes penipuan yang sering berlaku di internet sebenarnya adalah berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri. Sikap yang saya maksudkan adalah sikap ingin mendapat wang dengan cepat dan mahu menjadi kaya.

Biasalah orang kita. Apabila disogok dengan pelbagai janji manis dan pulangan wang yang lumayan, tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil peluang yang dianggap boleh mendatangkan hasil itu. Padahal, hasil yang bakal diterima adalah sebaliknya. Kemudian, selepas sedar mereka telah ditipu barulah nak menyesal. Kesian..

Dalam hal penipuan ini, untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan program buat duit yang menipu, anda seharusnya mengamalkan sikap berhati-hati sebelum menyertai mana-mana program buat duit. Langkah terbaik sebelum terjebak dan mengalami kerugian adalah anda perlu membuat kajian terhadap program berkenaan dengan menggunakan google atau bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain.

Baik.. Jika anda bertanya kepada saya, apakah peluang buat duit di internet yang selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapapun? Jawapan saya adalah peluang buat duit di laman Mudah.my. Mengapa saya berikan jawapan itu dan bukannya buat duit dengan ebook, affiliate dan lain-lain?

Ini kerana, dengan buat duit di Mudah.my, anda boleh mula serta merta dan terus buat duit. Jika hendak dibandingkan dengan cara lain, anda memang boleh buat duit juga tetapi tidak secepat seperti buat duit di Mudah.my.

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan cara buat duit di laman Mudah.my, sahabat usahawan saya iaitu saudara Hafizi Zain dan Ejat Perindu telah mengeluarkan sebuah ebook terbaru mereka yang bertajuk Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my.



Dalam ebook tersebut, mereka berdua telah membongkarkan secara terperinci bagaimana caranya untuk buat duit di laman Mudah.my. Antara perkara-perkara rahsia yang dikongsikan adalah teknik tersembunyi buat duit di Mudah.my, teknik beriklan di Mudah.my cara hebat, teknik mendapatkan jualan sehingga hasilnya boleh mencecah lima angka dan banyak lagi.

Oleh itu, tanpa membuang masa anda lagi yang sememangnya sangat berminat untuk buat duit di internet, saya menjemput anda untuk berkunjung ke laman web ebook tersebut di rahsia mudah.my

Sebaik sahaja anda masuk ke sana, pastikan anda baca terlebih dahulu penerangan yang terdapat di sana. Kemudian, anda jangan berlengah-lengah pula, terus dapatkan ebook Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my di sana ya. Ebook tersebut hanya buat anda yang serius untuk tambah pendapatan di internet sahaja.

Semoga anda berjaya buat duit!
Read more ...

Sunday, December 05, 2010

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Hijrah

Salam semua

Hari ni adalah hari terakhir bagi tahun 1431H. Esok dah masuk tahun baru 1423H. Eloklah kiranya kita akhiri tahun ini dengan Doa dan mulakan tahun baru kita dengan Doa agar lebih diberkati dan dirahmati Allah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Read more ...

Tuesday, November 23, 2010

Gaji PM Malaysia

Gaji PM Malaysia - RM22,826.65

Gaji TPM - RM18,168.15

Gaji Menteri - RM14,907.20

Gaji Setpol - RM5,709.99

sumber: berita harian
Read more ...

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira Murah Ker?


MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini.

Berikut Harga Proton Inspira
Peninsular Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
East Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Langkawi Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Read more ...

Monday, November 08, 2010

Gaji ADUN Kelantan dalam dinar dan dirham

Foto Syamsi Suhaimi-BHOnline

Gaji ADUN kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham jika diluluskan oleh jabatan perbendaharaan negeri Kelantan. Dinar Kelantan dan dirham baru sahaja dilancarkan pada 12 ogos 2010 yang lalu. Kenapa dinar dan dirham pula ni? jawapannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) karena mentaati Allah dan Rasulullah.

ada lagi jawapan lain?
Read more ...

Dollar AS jatuh apa kita dapat?


Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar AS , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.
Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.
Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.
''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.
''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.
''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?
''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.
''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.
Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.
Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.
''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.
Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.
Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.
Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.
''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.
''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.
Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.
''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.-Utusan Malaysia
Apa pandangan anda?
Read more ...

Thursday, November 04, 2010

8 Cara Mudah Tingkatkan Trafik Blog Anda

Salam semua,
Cara #1: Guest Blogging
Tujuan Guest Blogging adalah agar peminat daripada guest tersebut dapat masuk ke blog kita
Cara #2: Pemasaran YouTube
Video Marketing sangat bagus untuk mendapatkan trafik selagi video kita ada di youtube. Video yang popular dan paling banyak dilawati, akan selalu dikunjungi. Ia akan memberikan pelawat yang tak putus
Cara #3: Komen di Blog
Blog Commenting adalah cara yang selalu para blogger gunakan kerana kita dapat belajar, interaksi dan menarik trafik dalam masa yang sama. Ia agak mengambil masa, tetapi hasilnya agak mengkagumkan

Cara #4: Facebook MarketingFacebook Pages & Groups. Disarankan membuat Fan Page atau group di facebook

Cara #5: Outbound Links
Outbound Links sangat bagus untuk menarik trafik kerana trackbacks. Apabila blog anda link kepada blog wordpress, trackback akan terjadi secara automatik dari mana link itu datang. Orang lain akan klik di link tersebut akan masuk ke blog anda
Cara #6: Yahoo! Answers
Yahoo! Answers Traffic. Pergi ke Yahoo! Answers dan cari soalan yang belum terjawab yang berkaitan topik atau niche. Jawab soalan tersebut dan seterusnya meletak link agar pembaca dapat masuk ke blog anda.
Cara #7: Laporan Percuma
Memberikan laporan percuma
Cara #8: Forum Marketing
Satu cara lagi adalah pemasaran Forum yang dapat menarik trafik. Letakkan link di signature
Read more ...

Friday, October 29, 2010

Gadis Mati Dalam Beg

Satu lagi kejadian yang menyayat hati berlaku. Kali ini gadis ditemui mati dalam beg pula. Sungguh kejam pembunuh gadis ini kerana dilaporkan gadis tersebut mengalami pendarahan dalam perut. Apakah manusia sekarang dah tak tahu menilai nyawa? Tak tahu apa puncanya, tetapi dibunuh dengan sebegitu kejam sekali. Susahlah begitu, dimasukkan pula kedalam beg. Mayatnya dibuang begitu saja macam sampah. Kes bunuh semakin menjadi-jadi sekarang ini. Dah tu pulak cara pembunuhan juga pelbagai bentuk dan cara. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni?
Read more ...

Thursday, October 28, 2010

Rahsia Lulus peperiksaan PTD

Salam,

Tinggal 10 hari lagi sebelum peperiksaan PTD gred 41 bermula. Dah bersedia ke belum ni? Persediaan sangat penting sebelum menghadapi peperiksaan. Kalau dah ambil sampai 2-3 kali tak lulus juga mesti ada yang tak kena. Jadi sebelum anda kecewa lagi. Jangan berlengah lagi mendapatkan panduan ini

Kenapa anda perlu dapatkan panduan ini?

  • Ramai yang telah LULUS ujian bertulis PTD sebelum ini dengan bantuan pakej ebook ini dan kini tiba masanya untuk anda pula berjaya! Dengan bantuan produk ini tiada alasan lagi untuk anda GAGAL!
  • Pembelian anda dibekalkan dengan jaminan pulangan wang, jadi tiada risiko untuk anda! Anda tahu siapa Team TipsPTD dan mereka-mereka yang telah LULUS terdahulu sebelum anda adalah mereka yang memilih untuk memiliki pakej rujukan dari Team TipsPTD
Jangan berlengah lagi..dapatkan tipsptd sekarang
Read more ...

Playstation Phone

Pernah main game playstation? Memang seronok dapat layan game di playstation ni. Memang terleka dibuatnya. Para penggemar playstation di malaysia tak lama lagi bolehlah beralih kepada playstation phone pula. Tapi tak tahula bila nak sampai kat malaysia. Ciri-ciri telefon adalah seperti berikut:

  • Android 3.0 (aka Gingerbread)
  • 1GHz Qualcomm MSM8655 (a chip similar to the one found in the G2, but 200MHz faster),
  • 512MB of RAM
  • 1GB of ROM
  • screen is in the range of 3.7 to 4.1 inches.
  • support for microSD cards.
Read more ...

Wednesday, October 27, 2010

Belajar Buat Website

Kenapa ada yang sanggup datang daripada Sarawak dan Singapore semata-mata untuk belajar buat website secara one on one coach? Tentunya orang yang mengajar ini hebat orangnya. Kalau tidak masakan mereka sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu buat website ini.

Jika anda pernah baca rahsia internet tulisan Dr Irfan Khairi juga menyarankan agar peniaga di internet belajar buat website sendiri.

3 cabang ilmu website ini akan diajar sehingga faham

1. Buat website
2. pasang autoresponder
3. Promosi, Promosi, Promosi

Semua itu akan diajar semasa bengkel ini. Jadi, biar lambat jangan tak buat langsung.Siapakah yang hebat sangat tu,Klik sini
Read more ...

Dapatkan Backlink Percuma Untuk Naikkan Ranking


Ada berita baru dari rakan blogger di blog Blog Internet Bisnis. Ternyata, MLM sekarang bukan hanya digunakan untuk cari duit saja sama ada dari bisnes online ataupun bisnes offline.
Di dunia blogger, sistem MLM ini juga digunakan untuk mendapatkan backlink yang banyak. Buat rakan-rakan blogger lain yang ingin menyertai MLM Backlink ini, silakan copy paste tulisan dibawah ini dengan mengikut syarat yang telah dibuat….

Yang pasti ianya PERCUMA … dan jom kita lihat seberapa dahsyatnya sistem MLM ini digunakan untuk backlink…

Siapa yang meragukan hebatnya MLM Backlink ini? Siapa yang menganggap remeh kehebatan penyebaran produk dengan pemasaran sistem Multi Level Marketing? Ok, saya ingin mencuba mempelawa anda semua untuk memanfaatkan kedahsyatan faktor kali dan kepantasan penyebaran ini dalam bentuk backlink.
Caranya sangat mudah.
Anda hanya perlu meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel anda:

1)
Bisnis2qta
2)
Asral Enterprise
3)
Fadhilahmj
4)
JAMUMAN
5)
Fajridil Adha
6)
Taman Lagu - Free Mp3 Downloads
7)
Jubah Wanita
8)
Jubah Lelaki
9)
Taman Telekung
10) Halimkk

Tapi ingat, sebelum anda meletakkan link diatas, anda harus membuang peserta nombor 1 dari senarai. Sehingga semua peserta naik 1 level. Yang berada di nombor 2 ditukar menjadi nombor 1, nombor 3 jadi 2, dan seterusya. Kemudian masukkan link anda sendiri di bahagian paling bawah (nombor 10).
Jika setiap peserta mampu mencari 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan diperoleh adalah
Ketika Kedudukan anda 10, jumlah backlink = 1
Kedudukan 9, jml backlink = 5
Kedudukan 8, jml backlink = 25
Kedudukan 7, jml backlink = 125
Kedudukan 6, jml backlink = 625
Kedudukan 5, jml backlink = 3,125
Kedudukan 4, jml backlink = 15,625
Kedudukan 3, jml backlink = 78,125
Kedudukan 2, jml backlink = 390,625
Kedudukan 1, jml backlink = 1,953,125

Dan semuanya menggunakan kata kunci (keyword) yang anda inginkan. Dari segi SEO anda sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan kesannya jika pengunjung web para downline anda mengklik link itu, anda juga mendapatkan traffik tambahan.

Jadi, silakan copy paste artikel ini, dan hilangkan peserta nombor 1 lalu tambahkan link blog/web anda di kedudukan 10. Ingat, anda harus bermula dari kedudukan 10 agar hasilnya dapat dimaksimumkan. Kerana jika tiba-tiba anda di kedudukan 1, maka link anda akan hilang begitu ada yang masuk ke kedudukan 10.
Selamat mencoba.. dan ayuh kita lihat bagaimana kesannya.
Read more ...

Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
    • Otak
      • Angin ahmar (hubung dengan strok)
    • Buah pinggang
      • kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/Males1.jpg
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
Kredit to: http://www.infosihat.gov.my
Read more ...

Tuesday, October 26, 2010

5 cara promosi Affiliate

Salam,

Dah lama tak update blog ni. Macam dah bersawang jer. Hari ni saya nak kongsi cerita tentang peluang nak tambah income melalui affiliate. Salah satu cabang untuk menambahkan pendapatan di internet adalah melalui Affiliate. Dah banyak program sekarang yang menggelarkan sebagai program affiliate. Ada yang perlu keluar modal untuk sertai affiliate ni.

Mengikut pemahaman saya affiliate ni selalu daftar free saja. Lepas tu bergantunglah kepada cara kita nak promosikan link affiliate. Nak promosi pun ada cara yang free ada juga cara yang berbayar. Saya senaraikan disini 5 cara free dulu

1. Promosi melalui iklan percuma
2. Promosi melalui forum
3. Promosi melalui facebook
4. Promosi melalui yahoogroup
5. Promosi melalui artikel

Nak belajar dengan mendalam lagi berkenaan dengan ilmu affiliate ni saya sarankan mendapatkan laporan lengkap daripada sahabat saya di sini
Read more ...

Wednesday, October 06, 2010

Sinar FM ranking no 1




Mengikut berita daripada berita harian, Sinar FM masih mengekalkan kedudukan no 1 dalam kedudukan ranking radio-radio di malaysia. saya pun suka dengar Sinar FM pagi-pagi, terutamanya dengan gandingan raja azura, salleh yakob dan KRill. Yang paling saya suka ialah part lagu melayu ditukar ke english. Direct punya translate. Lagu raya pun jadi juga.. Syabaslah Sinar FM
Read more ...

Tuesday, September 28, 2010

14 Usahawan Kerajaan Hebat Tambah Income

Salam,

Saya mendapat satu email yang memberitahu tentang 14 usahawan kerajaan yang berjaya tambah income 4-5 angka sebulan secara part time sambil dapat gaji tetap di sektor kerajaan

Usahawan kerajaan tentunya ada rahsia SULIT yang disimpan untuk meraih pendapatan yang besar

Usahawan Kerajaan ini juga menggunakan sepenuhnya rahsia _____ mereka yang meledakkan bisnes mereka dengan modal yang rendah!

Ketahui lebih lanjut di http://tinyurl.com/2bln323

14 Usahawan Kerajaan & 14 Bisnes Berbeza!

Anda bakal didedahkan dengan :

1. Bisnes Batik – Md Nazri (Kelantan)
2. Bisnes Tudung – Puan Jaja (Terengganu)
3. Bisnes Kerepek – Puan Tromi (Sarawak)
4. Bisnes Ikan – Tuan Haji Ajmain (Pahang)
5. Bisnes Ikan Bakar – Pak Tam (Pahang)
6. Bisnes Reload – En. Ludin (Pahang)
7. Bisnes Kek – En. Hasbul (Sarawak)
8. Bisnes Karipap Instant & Samosa – En. Naziman (Pahang)
9. Bisnes Popiah Sambal Udang – Puan Zainab (Sarawak)
10. Bisnes Nasi Lemak – Puan Isma (Pahang)
11. Bisnes Ayam & Daging Kerisik – Puan Radiah (Sarawak)
12. Bisnes Jahit – Puan Sajlan (Sarawak)
13. Bisnes Sticker – En. Rizal (Sarawak)
14. Bisnes Kraftangan – En. Wahab (Terengganu)


Usahawan Kerajaan ini datang dari pelbagai latar belakang & tempat yang berbeza namun mereka mempunyai satu rahsia yang sama iaitu ____

Mereka menggunakan Rahsia ____ ini untuk tambah income 4-5 angka sebulan!

Ketahui dengan lebih lanjut di http://tinyurl.com/2bln323

-------------------------------------------------

Rahsia Usahawan Kerajaan dibongkar!

14 Usahawan Kerajaan & 14 Teknik rahsia yang bakal merubah persepsi anda terhadap kakitangan kerajaan selama-lamanya…

Ramai yang menganggap kakitangan kerajaan adalah seorang yang profesional dan tidak seharusnya melakukan bisnes part time…Namun begitu,tahukah anda ketika anda berfikir sebegitu…

Ada Usahawan Kerajaan yang sedang tersenyum dan secara senyap-senyap menjana 4-5 angka sebulan…

- Mereka ada gaji tetap di sektor kerajaan…
- Mereka low profile…
- Mereka juga mempunyai masa 24jam…
- Tapi pelik kenapa mereka dapat bercuti ke luar negara setiap tahun?

Kepada sesiapa yang berminat nak tahu rahsia mereka dan nak tambah income juga jangan lupa klik link ini

http://tinyurl.com/2bln323

Read more ...

Friday, September 24, 2010

Festival Betitik 2010

Pernah dengar berkenaan festival Betitik ?



Generasi pelapis dari Komuniti Bestari Kampung Ulu Putatan turut
membuat persembahan memalu muzik tradisi suku kaum Bajau
pada pembukaan Festival Betitik Sabah 2009 di Dataran Putatan,
baru-baru ini. (Gambar kanan) Penari dari lembaga kebudayaan
membuat persembahan yang bertenaga pada pembukaan Festival
Betitik Sabah 2009 di Dataran Putatan, baru-baru ini.


Sambutan Festival betitik akan diadakan di Putatan Sabah bermula 23 hingga 26 september 2010 ini bertempat di putatan.

Dalam bahasa Bajau, betitik bermaksud memukul atau mengetuk alat muzik. Persembahannya tidak akan lengkap tanpa disusuli dengan lagu dan tarian yang berbeza mengikut kawasan dan etnik.

Acara betitik masih popular terutama ketika majlis keramaian dan perkahwinan khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk dari kedua-dua etnik itu.

Difahamkan, kejayaan sebenar bagi acara betitik bergantung kepada alat muzik yang digunakan iaitu kulintangan, tawak, bandil dan gendang.

Sebanyak enam pemain diperlukan untuk memainkan alat-alat betitik. Dua pemain untuk mengetuk tawak dan gendang serta masing-masing seorang untuk bandil dan kulintangan.

Pada kebiasaannya, pemain-pemain betitik ini terdiri daripada golongan tua. Begitupun, acara betitik ini sememangnya sangat menghiburkan kerana ia tidak memerlukan alat muzik tambahan.

Lagu-lagunya enak didengar meskipun pendengar mungkin tidak memahaminya kerana dinyanyikan dalam bahasa Bajau dan Sama.
Read more ...

Thursday, September 23, 2010

Mai Secawan Kopi Radix


Salam,

Dah lama tak menulis di blog ni. Lama saya bercuti raya. So, blog ni pun turut bercuti jugalah. Hari ni saya nak share sikit tentang kopi radix. Saya dah lama mengamalkan minum kopi radix ni. Kopi ni bagi saya sangat bagus untuk menambahkan tenaga. Kalau dulu saya selalu minum kopi radix ni masa saya ulang alik daripada semporna ke kota kinabalu. Bila sampai di stesen bas saya akan minum kopi radix.

Kopi ni elok diamalkan sebagai minuman harian. Saya amalkan minum kopi waktu pagi dan petang. Lagi satu, bila rasa macam nak demam cepat-cepat saya minum kopi ni. Alhamdulillah, selepas minum kopi ni badan rasa segar semula. Harga kopi ni taklah mahal sangat. Harga sepeket baru Rm 1 je.

HPA mengeluarkan produk muslim yang halal lagi toyyiba. Kalau sapa suka sangat minum nescafe tu, elok sangatlah tukar kepada produk keluaran muslim. Jika tak suka minum radix, banyak lagi produk lain.
Read more ...

Friday, September 03, 2010

Bagaimana Menjadi Blogger yang Hebat Dalam 30saat ?


Salam semua,

Saya baru balik daripada kursus, nak share sikit tentang bagaimana nak berkomunikasi dengan berkesan melalui penulisan dalam masa 30 saat . Disebabkan kursus tersebut diadakah dalam bahasa inggeris, jadi tulisan saya akan menggunakan istilah dalam 'english' .

Kunci kejayaan dalam apa jua penulisan adalah 'Clear Thought' dan juga 'Clear expression'. Maksudnya pemikiran dan ekspresi kita perlu jelas. Kita perlu mengarang satu artikel yang dapat menyampaikan mesej yang jelas. Oleh itu, objektif sesuatu tulisan perlulah jelas agar mesej kita sampai kepada sasaran.

Ada 2 prinsip utama dalam penulisan iaitu

  • 'Clarity'- Mesej yang Jelas
  • 'Structure'- Mesej difahami dalam 30 saat .

Jika pembaca tidak memahami tulisan anda sehingga habis, maksudnya tulisan anda tidak memenuhi prinisp diatas. Susun semula ayat agar pembaca tahu apa mesej yang cuba disampaikan oleh kita di permulaan artikel.

'Cheklist' untuk Penulisan yang Baik

1. Mengumpul semua maklumat sebelum menulis
2. Tanya diri sendiri. Apa yang pembaca kita nak tahu?
3. Susun artikel agar pembaca faham mesej anda secara 'overview'
4. Tulis seolah kita sedang bercakap dangan pembaca kita. Gunakan ayat yang pendek dan mudah.

Jika semula langkah diikuti, ini akan menghasilkan 'clarity' + 'stucture'

Saya juga masih belajar, diharap anda mendapat sesuatu daripada saya hari ini.

sekian
Read more ...

Monday, August 30, 2010

Malam Lailatul Qadar 29Ramadhan ini?

Salam,

Insyallah, tinggal lagi sepuluh hari lagi kita akan berpuasa. Diharap saya dan rakan-rakan semua dapat meningkatkan lagi amalan di saat-saat akhir ini untuk mencari malam lailatul Qadar. Kelmarin saya ada menonton Tanyalah Ustaz di Tv9. Antara isi penting saya dapat ingat adalah Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:


I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kita mula puasa hari rabu, jika mengikut petua Imam Ghazali Malam Lailatul Qadar dijangka akan jatuh pada malam 29 Ramadhan.

Sesungguhnya yang pasti ia adalah rahsia Allah.
Read more ...

Sunday, August 29, 2010

Bagaimana nak Periksa Tarikh expired

Salam,

Insyallah tinggal 10 hari lagi kita nak menyambut Hari Raya. Sekarang ni ramai dah masuk mood nak balik kampung termasuklah saya. Jadi, saya nak share info penting yang saya dapat perolehi daripada miros-road-safety. Sebelum memulakan perjalanan jauh, salah satu perkara penting yang perlu diperiksa adalah tayar. Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh tayar. Sila ikuti tips mudah berikut:


1. Adakah kita semua tahu bahawa tayar kereta mempunyai tarikh luput..? kalau sesiapa dah tahu bagus la, tetapi yang belum tahu saya akan kongsikan disini. Untuk permulaan, tempoh ketahanan tayar kereta adalah 4 tahun daripada tarikh dikilangkan. Selepas tempoh ini, risiko tayar untuk meletup adalah tinggi. Sila ambil perhatian terhadap perkara ini.

2. Bagaimana nak tahu ? Cuba check nombor seperti ini (*4002*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini. (sesetengah tiada tanda asterisk).

Car Tyre Kredit to : miros-road-safety.blogspot.com

3. 2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat. nota:Dalam setahun kita ada 52 minggu. Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *4002* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 40 dalam tahun 2002..

4. Periksa semua tayar untuk keselamatan. Jangan guna tayar luput tarikh kerana boleh meletup dengan sendiri terutamanya jika cuaca panas terik kerana getah akan menjadi keras dan merekah
Read more ...

Friday, August 27, 2010

Banyak Program "Online Biz"

Salam,

Setiap hari email saya penuh dengan email spam. Kekadang tu lebih daripada satu email diterima. Semuanya nak promote kononnya boleh dapat duit cara senang. Paling rendah yuran kemasukan adalah adalah Rm10. Seringgit pun ada. Lepas tu depa claim boleh masuk duit melimpah-limpah pulak tu. Apa depa ingat ni ayaq ka boleh melimpah. Tapi kebanyakan yang join pun orang kita juga.

Yang saya perhatikan sekarang ni,bersepah-sepah program yang macam ni. Hampir sama saja program dia. Kebanyakannya claim ada produk. Tapi, takdelah pulak dia promote pasal produk tu. Yang lebihnya promote nak dapat duit senang.

Harap-harap kawan-kawan semua jangan la dok terpengaruh dengan email-email yang sebegini. abaikan aje.

Cuba baca contoh email yang saya sertakan ni


Read more ...

Pengikut yang ke-1

Salam,

Alhamdulillah, petang tadi satu sejarah telah tercipta dimana eelobor telah menjadi pengikut pertama saya. Saya sungguh terharu kerana setelah beberapa lama menjadi blogger, baru hari ini saya ada pengikut. Cukuplah walaupun seorang saja buat masa ni.

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada bro eelobor diatas kesudian beliau menjadi pengikut saya. Saya akan terus berkongsi cerita dan maklumat-maklumat terbaru buat semua

Sekian
Read more ...

Thursday, August 26, 2010

Bonus Raya Lagi

Mengikut berita yang saya dapat di malaysiakini 26 ogos 2010, 2 buah negeri iaitu selangor dan melaka mengikut jejak langkah kerajaan pusat dengan mengumumkan bonus RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Eloklah tu, yang mendapat faedah rakyat juga. Bolehlah buat persiapan raya. Yang penting jangan membazir duit masuk skim cepat kaya sudah. Nanti bonus pun lesap sekejap jer..
Read more ...

Sesi Perkongsian Ilmu - POKA YOKE

Sejarah POKA YOKE

• Poka-yoke merupakan adalah istilah dalam bahasa Jepun yang bermaksud "mistake-proofing"
• Poka bermaksud “proofing” manakala yoke pula bermaksud “mistake”.
• Idea daripada Dr Shigeo Shingo . Banyak digunakan di sektor perkilangan.
• 1961- BAKA YOKE ( fool proofing – kalis bodoh)
• 1963 – POKA YOKE (mistake proofing – kalis kesalahan)

Untuk Apa Poka Yoke
Poka Yoke adalah untuk menghapuskan “potential of mistakes” (punca kesalahan)

Matlamat Poka Yoke

Untuk menghapuskan kesalahan/kesilapan dalam proses, kita perlu ubahsuai dan menambahbaik PROSES supaya kesalahan mustahil untuk berlaku

Budaya POKA YOKE
Melibatkan perubahan pemikiran , kesalahan tidak dapat diterima, menyiasat setiap kes dan mengenalpasti punca kesalahan seterusnya menghapuskannya. Mencegah daripada berulang

Poka Yoke adalah satu alat atau system yang mampu mengesan keadan produk atau proses yang tidak normal.

Contoh POKA YOKE dalam Kehidupan Harian
Konsep poka yoke dalam kehidupan sehari-hari juga telah banyak ditemui. Kesalahan pemasangan dapat dikesan awal dan kita diberi peringatan agar tidak berlaku kesalahan

Apabila berlaku kesalahan, poka yoke dapat mengesan, memberi peringatan telah berlaku kesalahan. Cuba lihat contoh dibawah. Untuk memudahkan pengguna memasukkan sim card pada handphone, dibuat gambar sim card seperti ditunjukkan anak panah


Salah satu bahagian tepi sim card sengaja dipotong, di handphone juga ada gambar dimana sim card , juga sengaja ditonjolkan sama, dengan itu kita senang memasukkan sim card ke posisi yang betul

Nampak macam simple tetapi sangat banyak membantu. Cuba bayangkan kalau tak dipotong sedikit hujung sim card tu, mesti ada yang salah masuk dan ada juga yang mencuba beberapa kali sebelum berjaya.

Cuba pula lihat gambar dibawah, tumb drive tidak dapat masuk ke slot USB jika dipasang secara terbalik. Maksudnya kita mesti pastikan tumb drive dimasukkan dengan cara yang betul

Read more ...

Kes 'Penjara' AC Mizal

Merujuk kepada berita daripada berita harian online bertarikh 26 ogos 2010 keputusan penjara melibatkan kes pelakon AC Mizal akan diketahui pada 28 October 2010 nanti.

Kes melibatkan AC ni sudah agak lama juga. Anak dia pun dah besar. Sekarang AC pun dah semakin berjaya. Khabarnya dah ada syarikat MLM sendiri. Diharapkan kes ni dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Read more ...

Wednesday, August 25, 2010

RM500 Bonus Raya Kakitangan Kerajaan

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri yang makin hampir, kerajaan telah mengumumkan bonus raya untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara. Sudah tentulah dengan bonus ini mereka dapat membuat persediaan awal. Ditambah pula dengan kenaikan harga gula dan petrol baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan juga persediaan mereka

Saya juga turut dapat merasa jugalah kerana isteri saya juga anggota kerajaan yang bertugas sebagai pendidik. Tapi dengan inflasi yang sangat tinggi sekarang ni, RM500 tu bukanlah satu jumlah yang sangat besar. Orang kata bolehlah..
Read more ...

Tuesday, August 24, 2010

Kepentingan Update Blog

Blog saya ni kira macam hidup segan saja. Ikut suka hati saja bila nak update. Kekadang tu lebih setahun tak update. Ntah macam mana , baru-baru ni semangat balik nak update blog ni. Macam na nak maintain semangat untuk berblog ni .. sapa-sapa boleh tolong ker?
Read more ...

Friday, January 08, 2010

Promosi GDI

Ini adalah cara percuma untuk mempromosikan perniagaan GDI anda untuk jangka masa panjang dan menjana pendapatan berterusan daripada Global Domain International

Telah banyak penerangan telah diberikan mengapa perlunya pemasaran artikel ini dijalankan dengan menghantar artikel anda kepada direktori-direktori artikel untuk meningkatkan trafik ke web GDI anda. Tujuannya adalah supaya lebih banyak new signup di bawah untuk masa akan datang.

Anda boleh menghantar seberapa banyak artikel ke direktori-direktori artikel ini dengan PERCUMA. Dengan menghantar artikel tersebut, anda boleh memasukkan link GDI anda kedalam artikel tersebut dan dengan harapan pembaca akan signup di bawah anda.

Sekarang saya akan berikan cara menghantar artikel yang akan menjadikan ianya viral online. Tidak semua menyedari kelebihan ini. Oleh itu, segeralah menghantar artikel anda ke articles base.com

Dengan menggunakan skrip blog automatik yang disediakan di articlesbase.com anda boleh menarik artikel anda di direktori articlesbase.com . Apabila skrip ini menarik artikel ini ia akan membawa sekali link GDI anda yang telah masukkan kedalam artikel tersebut dan menyebarkan keseluruh world wide web dan dengan ini anda akan mendapat trafik kepada link GDI anda. Dengan skrip yang automatik ini menjadi sangat popular hingga semua web owner yang dahagakan isi yang bermaklumat akan menggunakan skrip ini untuk mendapatkan artikel yang berguna untuk di siarkan di web site atau blog mereka. Dengan itu lebih banyak website yang akan menyiarkan artikel anda yang berharga itu. Tapi yang penting adalah link GDI anda didalam artikel tersebut

Langkah-langkah untuk menghantar artikel

1. Daftar akaun percuma di articlesbase.com
2. Tuliskan artikel anda sendiri ataupun tulis semula artikel orang lain
3. Masukkan link GDI anda di dalam artikel tersebut ( maksimum adalah 3 link)
4. Masukkan sekali lagi link GDI anda di author bio
5. Hantar artikel untuk kelulusan dan lihat bagaimana artikel anda ini berkembang
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers