Friday, May 24, 2013

10 cara tarik trafik ke blog baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


trafik 40k UV

Sebagai seorang blogger baru, sudah tentu anda masih belum dikenali ramai. Jadi, trafik blog pun tak ada. Sedangkan anda tahu trafik adalah nadi utama untuk menjadi blogger yang hebat. Tak guna ada blog cantik tapi takda sorang pelawat pun yang sudi masuk ke blog anda. Jika anda baru saja bermula sebagai blogger, saya senaraikan 10 cara untuk tarik trafik ke blog baru. Jangan risau kerana semua teknik ini adalah percuma saja. Jom kita bermula

1. Mulakan dengan content yang baik

Saya tahu,mungkin anda dah jemu dengar tips ini. Tapi ia adalah benar. Jika anda tidak mulakan dengan kontent baik dan bernilai buat pembaca anda, tiada trafik yang akan masuk ke blog anda. Tidak kiralah macam mana anda nak dapatkan kontent yang berkualiti; mungkin anda boleh menulis sendiri, gunakan artikel PLR ataupun ubah artikel orang lain mengikut ayat anda sendiri. Jika blog anda tidak mempunyai kontent yang berkualiti, tiada sapa yang nak subscribe ke RSS, ataupun stumble, atau tweet, bookmark ataupun share dengan kawan mereka

2. Berapa trafik anda perlukan

Berapa banyak Trafik yang anda nak? saya pasti kalau boleh semua blogger nak 1,000,000 hits sehari. Sapa tak nak kan? Tapi anda perlulah ukur baju di badan sendiri; anda takkan dapat 1,000,000 hits untuk hari pertama ataupun bulan pertama. Jadi, berapa banyak trafik yang anda mahu? Lebih banyak trafik lebih baik, tapi anda perlu ada matlamat. Pastikan matlamat anda jelas. Mesti ada spesifik jumlah dan masa.

Contoh : Saya mahu 1000 UV sehari ke blog saya dalam masa 6 bulan

3. Berikan komen bermakna

Cari blog yang sama topik dengan blog anda dan berikan komen yang bermakna terhadap post mereka. Jika sesiapa yang berikan komen dengan soalan, anda perlu ambil peluang ini untuk memberikan jawapan dan beri tahu mereka yang mereka akan dapat lebih info jika mereka lawat blog anda

4. Penulis Tamu

Penulis tamu adalah salah satu cara untuk ambil kesempatan trafik daripada blog itu ke blog anda. Begini caranya; Cari blog yang berkaitan dengan blog baru anda dan tulis di blog mereka sebagai penulis tamu. Dalam post itu dah tentu anda letakkan link blog anda tu. Jika orang suka post anda, sudah pasti mereka akan berkunjung ke blog anda

5. Pergi ke blog banyak trafik

Blog yang baru memang agak mencabar bagi anda nak dapatkan trafik. Kalau ada kontent yang bagus pun, adakah anda pasti orang berminat dengan cerita anda. Satu cara yang mudah, adalah pergi ke blog yang banyak trafik. Selepas tu tinggalkan komen yang boleh menarik minat.

6. Bina senarai email

Senarai email juga boleh menjadi sumber trafik terpenting buat anda. Jika anda masih belum ada senarai email, anda perlu bina senarai email segera. Jangan biarkan  seseorang hanya melawat blog anda sekali sahaja dan tidak datang lagi. Anda boleh jemput mereka untuk sertai senarai email anda ( berikan sedikit hadiah) dan anda boleh mendapat 10 atau 20 atau 30 kali lawatan daripada mereka

7. Trafik daripada forum

Salah satu cara yang terbaik untuk menarik trafik yang berkualiti ke blog anda, walaupun sedikit adalah melalui pemasaran forum.

Ingatlah bahawa satu hits trafik yang berkualiti adalah lebih berbaloi daripada beratus-ratus hit sumber yang tidak berkualiti. Apa yang berkualiti adalah anda mendapat trafik berdasarkan kepada apa yang anda katakan di forum tersebut

Caranya seperti dibawah:

1. Sertai forum yang sama niche
2. Login dan edit profile anda
3. Di bahagian signature, letakkan link ke blog anda dengan ayat menarik


8. Trafik daripada Twitter

Jika anda ada akaun twitter, letakkan link post anda di twitter. Kalau follower anda ramai, pasti sekejap saja anda dapat trafik

9. Trafik daripada Youtube

1.Cari video yang menarik,
2.Download dan upload semula video tersebut.
3.Letakkan link blog anda di bahagian description. InsyaAllah ada trafik masuk

10. Ping blog

Kalau nak cepat index ke google dan yahoo, sila hantar link post anda ke laman ping seperti dibawah:


Anda juga boleh ping entry ke facebook group : buat carian di google 'Senarai Group Blogger di Facebook'. Pasti anda jumpa banyak group di facebook. join group untuk mula ping.

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang 10 cara tarik trafik ke blog baru. Kalau dirasakan bermanfaat gunakanlah sebagai panduan anda






Read more ...

Monday, May 06, 2013

Cara Menulis Cover Letter Power

panduan-cover letter-power


Laporan PERCUMA ini ditujukan khas buat sesiapa yang sedang menunggu panggilan temuduga ataupun tawaran kerja. Bagi graduan yang baru keluar daripada pusat pengajian ataupun yang akan menamatkan pengajian tak lama lagi, pastinya sedang membuat persiapan untuk membuat permohonan kerja. Salah satu perkara penting yang mesti diambil berat adalah cara menulis cover letter. 

Saya juga pernah mengharungi pengalaman yang sama suatu masa dahulu. Maklumlah baru keluar U, ingat senang la nak dapat kerja. Walaupun, dah berpuluh-puluh surat permohonan  kerja yang telah dihantar. Tapi, tak ada satu syarikat pun yang sudi nak panggil temuduga ataupun sekurang-kurangnya memberi maklum balas. Ini tentunya menambahkan lagi ke'tensen'nan anda. 

Bila saya kaji semula kenapa saya tak dipanggil untuk temuduga. Rupanya berpunca daripada cover letter yang tak cukup power. Cover letter tu apa? Cover letter adalah surat iringan yang akan disertakan bersama-sama dengan resume pemohon. Kalau cover letter tak power, sapa pun tak mau layan anda. Silap-silap haribulan, surat anda tu masuk ke dalam tong sampah je.. 

Hari ni saya nak kongsikan satu panduan menulis Cover Letter Power. Panduan ini disediakan oleh rakan saya iaitu Khairi Hafizi. Panduan ini dalam bentuk ebook. Ebook ini ada 15 muka surat. Saya dah pun baca ebook. Bila saya baca 10 tips yang dikongsikan dalam ebook ini teringat balik masa baru keluar U dulu. Rupanya banyak kesilapan yang saya lakukan. Itulah, masa tu tak cukup ilmu lagi. Jadi, disebabkan ebook ini PERCUMA ,saya tak nak anda ketinggalan mendapat ilmu ini .. 

DOWNLOAD je di laman web TIPS COVER LETTER POWER  


Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers