Tuesday, November 23, 2010

Gaji PM Malaysia

Gaji PM Malaysia - RM22,826.65

Gaji TPM - RM18,168.15

Gaji Menteri - RM14,907.20

Gaji Setpol - RM5,709.99

sumber: berita harian
Read more ...

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira Murah Ker?


MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini.

Berikut Harga Proton Inspira
Peninsular Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
East Malaysia Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Langkawi Prices
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Read more ...

Monday, November 08, 2010

Gaji ADUN Kelantan dalam dinar dan dirham

Foto Syamsi Suhaimi-BHOnline

Gaji ADUN kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham jika diluluskan oleh jabatan perbendaharaan negeri Kelantan. Dinar Kelantan dan dirham baru sahaja dilancarkan pada 12 ogos 2010 yang lalu. Kenapa dinar dan dirham pula ni? jawapannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) karena mentaati Allah dan Rasulullah.

ada lagi jawapan lain?
Read more ...

Dollar AS jatuh apa kita dapat?


Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar AS , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.
Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.
Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.
''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.
''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.
''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?
''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.
''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.
Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.
Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.
''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.
Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.
Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.
Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.
''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.
''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.
Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.
''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.-Utusan Malaysia
Apa pandangan anda?
Read more ...

Thursday, November 04, 2010

8 Cara Mudah Tingkatkan Trafik Blog Anda

Salam semua,
Cara #1: Guest Blogging
Tujuan Guest Blogging adalah agar peminat daripada guest tersebut dapat masuk ke blog kita
Cara #2: Pemasaran YouTube
Video Marketing sangat bagus untuk mendapatkan trafik selagi video kita ada di youtube. Video yang popular dan paling banyak dilawati, akan selalu dikunjungi. Ia akan memberikan pelawat yang tak putus
Cara #3: Komen di Blog
Blog Commenting adalah cara yang selalu para blogger gunakan kerana kita dapat belajar, interaksi dan menarik trafik dalam masa yang sama. Ia agak mengambil masa, tetapi hasilnya agak mengkagumkan

Cara #4: Facebook MarketingFacebook Pages & Groups. Disarankan membuat Fan Page atau group di facebook

Cara #5: Outbound Links
Outbound Links sangat bagus untuk menarik trafik kerana trackbacks. Apabila blog anda link kepada blog wordpress, trackback akan terjadi secara automatik dari mana link itu datang. Orang lain akan klik di link tersebut akan masuk ke blog anda
Cara #6: Yahoo! Answers
Yahoo! Answers Traffic. Pergi ke Yahoo! Answers dan cari soalan yang belum terjawab yang berkaitan topik atau niche. Jawab soalan tersebut dan seterusnya meletak link agar pembaca dapat masuk ke blog anda.
Cara #7: Laporan Percuma
Memberikan laporan percuma
Cara #8: Forum Marketing
Satu cara lagi adalah pemasaran Forum yang dapat menarik trafik. Letakkan link di signature
Read more ...

Advertisment

Site Info

Blogged.myKedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Malaysia BacklinksFree Backlinks Malaysia Free Backlink ServicesMalaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBloggers - Meet Millions of BloggersMy Ping in TotalPing.com Personal directory Personal Blogs Personalmonitorbacklinks.com - SEO tool to Monitor Backlinks

Followers